Pakej penambahbaikan EIA di Malaysia: suatu ulasan kritis dalam aspek kawalan hakisan tanah dan sedimentasi

Hakisan tanah dan sedimentasi telah menjadi salah satu isu utama dalam pelaksanaan projek EIA di Malaysia. Pembukaan tanah secara tidak terkawal dalam melaksanakan projek EIA boleh menyumbang kepada berlakunya masalah hakisan tanah dan sedimentasi. Oleh yang demikian Jabatan Alam Sekitar mulai tah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman Mahmud, Zaini Sakawi, Khairul Nizam Abdul Maulud
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9188/
http://journalarticle.ukm.my/9188/
http://journalarticle.ukm.my/9188/1/3x.geografia-jun15-abdulrahman-edkatam.pdf
Description
Summary:Hakisan tanah dan sedimentasi telah menjadi salah satu isu utama dalam pelaksanaan projek EIA di Malaysia. Pembukaan tanah secara tidak terkawal dalam melaksanakan projek EIA boleh menyumbang kepada berlakunya masalah hakisan tanah dan sedimentasi. Oleh yang demikian Jabatan Alam Sekitar mulai tahun 2011 telah melaksanakan pakej penambahbaikan EIA. Usaha ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah hakisan tanah dan sedimentasi yang berlaku daripada projek EIA. Pakej tersebut memberi penekanan kepada tiga bidang utama dalam sistem EIA di Malaysia, iaitu laporan EIA, laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan syarat-syarat kelulusan EIA. Penambahbaikan ini dilihat cuba untuk mempercekap sistem pengurusan alam sekitar di Malaysia ke arah meningkatkan kompetensi dalam kalangan perunding alam sekitar dan pemaju projek. Amalan pematuhan kendiri (self regulation) turut diperkenalkan dalam pakej penambahbaikan ini. Artikel ini membincangkan pakej penambahbaikan EIA yang telah dilaksanakan sejak empat tahun lalu oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Data dalam tempoh empat tahun bagi pelaksanaan pakej penambahbaikan EIA telah dianalisa dan menunjukan terdapat kegagalan oleh pemaju projek dan perunding alam sekitar bagi mematuhi skop penambahbaikan yang telah ditetapkan. Kajian lanjut untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan pakej penambahbaikan EIA ini perlu dijalankan bagi tujuan untuk penambahbaikan pelaksanaanya pada masa depan.