Keperkasaan pekebun kecil kelapa sawit Bidayuh: kajian kes di Daerah Serian, Sarawak
Pemerkasaan wujud dan diserapkan dalam diri manusia sebagai dorongan untuk memperbaiki diri mereka melalui potensi, pertumbuhan kekuasaan dan autoriti yang dimiliki. Kejayaan pemerkasaan akan meningkatkan daya saing dan mengurangkan tahap kebergantungan komuniti dan individu terhadap kerajaan. Jus...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9189/ http://journalarticle.ukm.my/9189/ http://journalarticle.ukm.my/9189/1/4x.geografia-jun15-novel-edam.pdf |
Summary: | Pemerkasaan wujud dan diserapkan dalam diri manusia sebagai dorongan untuk memperbaiki diri mereka melalui
potensi, pertumbuhan kekuasaan dan autoriti yang dimiliki. Kejayaan pemerkasaan akan meningkatkan daya saing
dan mengurangkan tahap kebergantungan komuniti dan individu terhadap kerajaan. Justeru itu, objektif utama kajian
ini ialah untuk meneliti peranan MPOB (Malaysia Palm Oil Board) sebagai agensi pembangunan yang
bertanggungjawab memperkasakan komuniti Bidayuh luar bandar dan jenis-jenis keperkasaan yang telah terhasil
dalam komuniti Bidayuh luar bandar. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologi yang
memfokuskan kepada pemahaman dan penceritaan 16 orang pekebun kecil komuniti Bidayuh luar bandar di Daerah
Serian, Sarawak tentang bagaimana keperkasaan mereka terhasil. Sampel kajian ini dipilih menggunakan
pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Hasil kajian mendapati peranan MPOB terdiri daripada
perkongsian maklumat berkenaan tanaman kelapa sawit, bantuan teknikal, khidmat nasihat dan kepakaran,
menyediakan bantuan biji benih, baja dan racun serta aspek pemasaran. Manakala, jenis-jenis keperkasaan yang
telah terbina terdiri daripada keperkasaan individu, teknikal, komunikasi dan pemasaran hasil kelapa sawit.
Kesimpulannya, pihak MPOB hanya berperanan sebagai agen dalam memperkasakan komuniti Bidayuh dalam satu
struktur dan struktur ini dikawal oleh agensi melalui pendekatan atas ke bawah. |
---|