Keadilan polisi ke arah integrasi nasional di Malaysia: persepsi generasi baharu
Pembinaan bangsa dan dayasaing nasional dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia amat bergantung kepada dasar integrasi nasional yang dapat dilihat dan ditanggapi sebagai adil oleh semua kelompok etnik yang terlibat. Artikel ini membincangkan tanggapan belia Malaysia masa kini terhadap persoalan k...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9193/ http://journalarticle.ukm.my/9193/ http://journalarticle.ukm.my/9193/1/8x.full-geojun15-dzuhailmi-edkatam.pdf |
Summary: | Pembinaan bangsa dan dayasaing nasional dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia amat bergantung kepada
dasar integrasi nasional yang dapat dilihat dan ditanggapi sebagai adil oleh semua kelompok etnik yang terlibat.
Artikel ini membincangkan tanggapan belia Malaysia masa kini terhadap persoalan keadilan dasar integrasi
nasional ini. Persepsi 600 belia Malaysia yang dipilih secara rawak dari pelbagai etnik yang terdiri daripada pelajar
sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Lembah Klang disukat menerusi survey di lapangan
dengan nilai alpha 0.831. Kajian mendapati reaksi yang positif telah ditunjukkan dalam kalangan belia di Malaysia
berhubung praktis keadilan polisi ke arah pengukuhan integrasi nasional. Kajian juga mendapati kecenderungan
responden untuk menilai secara positif ataupun sebaliknya tentang keadilan polisi dari segi praktis ke arah integrasi
nasional dan kecenderungan tersebut tidak mempunyai perkaitan langsung dengan beberapa pemboleh ubah
demografi terpilih (umur, etnik, tempat dibesarkan, pendidikan ibubapa) yang dikaji. Ringkasnya, persepsi generasi
baharu di Malaysia terhadap perjalanan polisi awam memerlukan penilaian kritis dan kreatif oleh pihak kerajaan
jika matlamat pengukuhan integrasi nasional benar-benar ingin dijayakan. |
---|