Kawasan penempatan semula mangsa tsunami di Malaysia: analisis kualiti kejiranan dan kesejahteraan isi rumah (Resettlement areas of tsunami victims in Malaysia: an analysis of neighbourhood quality and well-being)

Bencana Tsunami yang melanda Indonesia pada Disember 2004 telah meninggalkan impak yang dahsyat terhadap beberapa kawasan petempatan pinggir pantai di Malaysia seperti Kuala Muda dan Langkawi di Kedah serta Batu Peringgi di Pulau Pinang. Ramai isi rumah yang kehilangan nyawa ahli keluarga dan rumah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Katiman Rostam, Iran Herman, Asmah Bee Mohd Nor
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/920/
http://journalarticle.ukm.my/920/
http://journalarticle.ukm.my/920/1/4.2009-1-katiman-melayu-2.pdf
Description
Summary:Bencana Tsunami yang melanda Indonesia pada Disember 2004 telah meninggalkan impak yang dahsyat terhadap beberapa kawasan petempatan pinggir pantai di Malaysia seperti Kuala Muda dan Langkawi di Kedah serta Batu Peringgi di Pulau Pinang. Ramai isi rumah yang kehilangan nyawa ahli keluarga dan rumah kediaman. Usaha membina dan membangunkan semula rumah kediaman di ketiga-tiga kawasan bencana tersebut telah dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad yang sebahagiannya dibiayai melalui dana derma orang awam. Program pembinaan semula rumah kediaman dan penempatan semula mangsa ke kawasan yang baru ternyata telah menyelesaikan masalah tempat kediaman mangsa. Bagaimana pun isu berkaitan kesejahteraan sosial isi rumah tersebut kebelakangan ini telah menarik perhatian ramai pengkaji sains sosial. Makalah ini bertujuan menganalisis tahap kesejahteraan mangsa tsunami dari segi kualiti rumah kediaman dan tahap kebajikan mereka. Data kajian ini diperolehi melalui suatu survei ke atas 233 resonden yang tinggal di tiga kawasan yang pernah dilanda tsunami yang terlibat dengan program berkenaan. Analisis mendapati bahawa pada umumnya rumah kediaman mereka diami kini adalah lebih baik. Tahap keselamatan kawasan di sekitar kejiranan juga tinggi. Umumnya mangsa berpuas hati dengan tempat kediaman baru yang mereka diami selepas tsunami. Bagaimana pun, rata-rata penghuni berpandangan bahawa ketersampaian mereka kepada perkhidmatan asas masih lagi rendah berbanding sebelumnya. Pada dasarnya, kekurangan ini menyukarkan kehidupan dan merendahkan tahap kesejahteraan mereka. Kesimpulanya, program pembaikan rumah dan penempatan semula mangsa tsunami sepatutnya bertujuan bukan hanya untuk memberi kemudahan rumah kediaman sahaja tetapi juga perlu digandingkan dengan usaha meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan sosial mereka