Tahap kebisingan trafik dan kesannya terhadap persekitaran pengajaran-pembelajaran sekolah di pusat bandar Kuala Terengganu

Bunyi bising merupakan satu perkara yang paling mengganggu kehidupan seharian penduduk berbanding dengan pencemaran lain, termasuk kebisingan trafi di pusat bandar . Kajian ini bertujuan mengenal pasti aras kebisingan trafik dan menilai persepsi guru terhadap tingkah laku pelajar dalam proses peng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rohayu Arifin, Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Nasir Nayan, Yazid Saleh
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9207/
http://journalarticle.ukm.my/9207/
http://journalarticle.ukm.my/9207/1/2xx.geografia-april15-rohayu_et_al-edkatam.pdf
Description
Summary:Bunyi bising merupakan satu perkara yang paling mengganggu kehidupan seharian penduduk berbanding dengan pencemaran lain, termasuk kebisingan trafi di pusat bandar . Kajian ini bertujuan mengenal pasti aras kebisingan trafik dan menilai persepsi guru terhadap tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas empat buah sekolah di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu. Cerapan terhadap tahap kebisingan trafik dilakukan menggunakan Integrating Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument, di luar pagar, di dalam pagar dan juga di bangunan yang paling hampir dengan jalan raya pada hari bekerja dan tidak bekerja, di sebelah pagi, tengah hari dan petang. Hasil kajian mendapati bahawa aras kebisingan yang dicatatkan di kesemua sekolah yang terlibat adalah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), iaitu 65 dBA. Secara purata, SK Paya Bunga dan SM Agama Sultan Zainal Abidin mencatatkan aras kebisingan tertinggi berbanding sekolah lain khususnya pada hari bekerja. Berdasarkan kaji selidik, para guru mendapati bahawa kebisingan trafik memberi kesan kepada tingkah laku pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, penglibatan dan keprihatinan daripada pihak yang berwajib berserta penguatkuasaan undang-undang adalah perlu bagi menyelesaikan masalah ini di samping mempertingkat serta menambahbaik infrastruktur sekolah khususnya bilik darjah agar pelajar dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan kebisingan trafik di jalan raya.