Keselesaan terma pelajar dalam bilik darjah: kajian kes di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan
Suhu persekitaran yang tinggi serta jumlah penghuni yang padat di dalam sesebuah premis seperti bilik darjah mampu mendatangkan rasa tidak selesa serta mengganggu proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengukur perubahan parameter cuaca dan menilai persepsi sensasi terma pelajar serta tur...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9208/ http://journalarticle.ukm.my/9208/ http://journalarticle.ukm.my/9208/1/3xx.geografia-april15-sofian-edam.pdf |
Summary: | Suhu persekitaran yang tinggi serta jumlah penghuni yang padat di dalam sesebuah premis seperti bilik darjah
mampu mendatangkan rasa tidak selesa serta mengganggu proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk
mengukur perubahan parameter cuaca dan menilai persepsi sensasi terma pelajar serta turut melibatkan pengukuran
tahap keselesaan terma pelajar melalui penilaian Model Jangkaan Min Pilihan (PMV) dan Indeks Jangkaan
Peratusan Ketidakpuasan (PPD). Perubahan parameter cuaca diukur menggunakan alatan thermal comfort
multistation, manakala parameter personal dan penilaian subjektif persepsi sensasi terma diperolehi dengan
menggunakan borang soalselidik. Hasil kajian mendapati suhu persekitaran agak tinggi iaitu 33°C sekitar pukul 2.00
petang dan pergerakan angin yang perlahan telah mewujudkan bahangan di dalam bilik darjah. Di samping itu,
melalui undian sensasi terma, kajian mendapati 52% pelajar merasakan bahawa keselesaan terma tidak dicapai.
Purata Pilihan Sensasi Terma (Min TSV) yang dicatatkan pada nilai 1.47 jelas menunjukkan bahawa pelajar
merasakan suhu di dalam bilik darjah berada antara julat sedikit panas dan sederhana panas. Pelajar lelaki dilihat
lebih ramai berada di zon selesa dengan jumlah sebanyak 32%, berbanding pelajar perempuan yang hanya16%
sahaja. Pengkelasan nilai PMV mengikut zon waktu mendapati bahawa hanya waktu pagi sahaja yang memberi
perbezaan yang ketara antara kedua-dua gender berbanding dengan waktu tengah hari dan petang kerana selepas
pukul 12.00 tengah hari, perbezaan yang wujud adalah sangat kecil. Hampir 75% responden inginkan suhu yang
lebih rendah serta tidak selesa dengan bahangan suhu yang dialami. Oleh yang demikian, inisiatif tambahan dalam
usaha menyederhanakan suhu persekitaran di dalam bilik darjah ini perlu diberi perhatian. Selain itu, jumlah pelajar
bagi setiap bilik perlu diberi perhatian agar tidak terlalu padat supaya proses pembelajaran dapat berjalan dalam
suasana yang lebih kondusif. |
---|