Ketaatan beragama dan salahlaku pentadbiran dan birokrasi dalam kalangan kakitangan awam di Kota Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia
Ajaran agama Islam merupakan sumber utama bagi meningkatkan integriti diri kakitangan awam. Ketaatan beragama mampu menghindarkan kakitangan awam daripada melakukan perkara-perkara dosa. Profesionalisme tanpa diiringi dengan ketaatan beragama tetap akan melahirkan perilaku buruk yang akan merugika...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9209/ http://journalarticle.ukm.my/9209/ http://journalarticle.ukm.my/9209/1/4xx.geografia-april15-rodi-edam.pdf |
Summary: | Ajaran agama Islam merupakan sumber utama bagi meningkatkan integriti diri kakitangan awam. Ketaatan
beragama mampu menghindarkan kakitangan awam daripada melakukan perkara-perkara dosa. Profesionalisme
tanpa diiringi dengan ketaatan beragama tetap akan melahirkan perilaku buruk yang akan merugikan banyak pihak.
Persoalannya adalah sejauhmana ketaatan beragama kakitangan awam di Kota Pekanbaru, Provinsi Riau mampu
mencegah amalan maladministrasi (urus tadbir yang buruk) di pejabat ?. Kajian ini dijalankan untuk meneliti
hubungan ketaatan beragama dengan amalan maladmistrasi birokrasi dalam kalangan kakitangan awam di Kota
Pekanbaru, Riau. Borang soal selidik telah diisi seramai 250 kakitangan awam dari lima agensi yang menyediakan
perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang
signifikan (negatif) antara ketaatan beragama dengan amalan maladministrasi birokrasi (r=-.379**). Semakin tinggi
tahap ketaatan beragama seorang kakitangan awam, maka akan semakin rendah tahap amalan buruk di pejabat.
Sebaliknya, semakin rendah tahap ketaatan beragama seorang kakitangan awam, maka akan semakin tinggi tahap
amalan buruk semasa bekerja di pejabat. Kajian ini mencadangkan mengenai pentingnya usaha meningkatkan tahap
ketaatan beragama kakitangan awam melalui program-program kearah perbaikan akhlak kakitangan awam. |
---|