Teknologi maklumat, strategi pembezaan dan prestasi kewangan industri perbankan di Indonesia
Faktor teknologi maklumat boleh dijadikan strategi bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan sesebuah syarikat dan seterusnya memperbaiki prestasi kewangannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan pengaruh faktor teknologi terhadap strategi pembezaan dan seterusnya prestasi kewa...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9212/ http://journalarticle.ukm.my/9212/ http://journalarticle.ukm.my/9212/1/7xx.geografia-april15-akhmad_etal-edkatam.pdf |
Summary: | Faktor teknologi maklumat boleh dijadikan strategi bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan sesebuah
syarikat dan seterusnya memperbaiki prestasi kewangannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan
pengaruh faktor teknologi terhadap strategi pembezaan dan seterusnya prestasi kewangan industri perbankan di
Indonesia. Data kajian ini diperolehi melalui kaji selidik. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak sehingga
diperolehi 39 ibu pejabat syarikat perbankan yang diwakili oleh pengarah utama, pengarah eksekutif dan pengurus.
Data dianalisis secara deskriptif. Analisis korelasi matrik dan ujian hipotesis turut dilakukan. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa faktor teknologi berpengaruh positif secara signifikan terhadap strategi pembezaan; dan
strategi pembezaan berpengaruh positif secara signifikan terhadap prestasi kewangan perbankan Indonesia. Hasil
kajian ini mengesyorkan supaya para pembuat keputusan indsutri perbankan di Indonesia memanfaatkan pelbagai
bentuk teknologi maklumat bagi meningkatkan prestasi kewangan syarikat mereka. |
---|