Membina model indeks kesejahteraan hidup penduduk bagi Semenanjung Malaysia

Kesejahteraan hidup di Malaysia kini berkembang dengan baik menurut laporan “Malaysia Well-being Reports 2013”. Pihak kerajaan dilihat sangat peka dalam menyediakan kemudahan prasarana bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk di negara ini. Namun demikian seiring dengan matlamat negara dalam men...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nadira Ahmad Rozlan Shah, Rosmadi Fauzi, Jamilah Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9213/
http://journalarticle.ukm.my/9213/
http://journalarticle.ukm.my/9213/1/8xx.geografia-april15-sitinadira-edam.pdf
Description
Summary:Kesejahteraan hidup di Malaysia kini berkembang dengan baik menurut laporan “Malaysia Well-being Reports 2013”. Pihak kerajaan dilihat sangat peka dalam menyediakan kemudahan prasarana bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk di negara ini. Namun demikian seiring dengan matlamat negara dalam menuju Wawasan 2020, Malaysia masih tidak dapat melihat dengan jelas apakah tahap semasa kesejahteraan hidup masyarakat pada skop yang kecil iaitu daerah. Ini kerana jika dilihat kepada Laporan Kesejahteraan Hidup Malaysia 2013, skop yang ditunjukkan adalah peringkat negara sahaja. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa kajian pada peringkat yang lebih kecil adalah sangat penting dalam mengetahui kedudukan setiap daerah. Kajian ini melihat dimanakah tahap kesejahteraan hidup setiap daerah berada dengan menggunakan Model Indeks dalam perisian ArcGIS. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan ketara pencapaian kesejahteraan hidup di antara peringkat negeri dengan peringkat daerah.