Impak sosio-ekonomi dan politik persempadanan semula bahagian pilihan raya Negeri Sarawak

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengkaji semula pembahagian Negeri Sarawak kepada Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri mulai 23 Februari 2015 hingga 6 Mac 2015. Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menampilkan syor-syor berikut: (a) tiada perubahan bil...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Novel Lyndon
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9215/
http://journalarticle.ukm.my/9215/
http://journalarticle.ukm.my/9215/1/10xx.geografia-april2015-junaidi-edam.pdf
Description
Summary:Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengkaji semula pembahagian Negeri Sarawak kepada Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri mulai 23 Februari 2015 hingga 6 Mac 2015. Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menampilkan syor-syor berikut: (a) tiada perubahan bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri Sarawak; (b) jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak sebelas Bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 Bahagian; (c) pindaan kepada nama Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan yang melibatkan satu Bahagian Negeri Sarawak; dan (d) pindaan kepada nama empat Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri. Persempadanan semula Bahagian-Bahagian pilihanraya Sarawak ini adalah berdasarkan jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya yang diwartakan pada 30 April 2014. Kesimpulannya, persempadanan semula bahagian pilihan raya ini akan mengubah landskap sosioekonomi dan sosiopolitik di bumi kenyalang ini. Dengan adanya pertambahan kerusi DUN di Sarawak ini maka peruntukan pembangunan di 11 kawasan yang baru diwujudkan akan lebih terfokus dan merancakkan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar.