Penilaian faktor institusi dalam menentukan kemampanan usahawan jerami padi
Faktor institusi dilihat berperanan penting dalam menentukan isu kemampanan agribusines jerami padi. Justeru, kajian cuba untuk merungkai kekangan di pihak institusi yang dihadapi oleh usahawan tani dalam membangunkan agribusines berasaskan jerami padi. Kajiselidik telah dijalankan ke atas 24 oran...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9218/ http://journalarticle.ukm.my/9218/ http://journalarticle.ukm.my/9218/1/13xx-geografia-april15-rosmiza-edam1.pdf |
Summary: | Faktor institusi dilihat berperanan penting dalam menentukan isu kemampanan agribusines jerami padi. Justeru,
kajian cuba untuk merungkai kekangan di pihak institusi yang dihadapi oleh usahawan tani dalam membangunkan
agribusines berasaskan jerami padi. Kajiselidik telah dijalankan ke atas 24 orang usahawan di Wilayah MADA dan
20 orang usahawan di Daerah Sekinchan yang terletak dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
Barat Laut, Selangor. Kajian mendapati promosi yang lembab; kurangnya sokongan pihak institusi; polisi yang tidak
memfokus terhadap pengurusan dan pembangunan jerami; kurangnya pengetahuan dan kemahiran di kalangan
pegawai institusi; karenah birokrasi serta ketidakcekapan pengurusan di pihak institusi merencatkan pembangunan
agribusines jerami. Pendekatan bersepadu dan efisien perlu dikukuhkan di peringkat institusi seperti sokongan padu
pihak institusi; perencanaan polisi yang memfokus ke arah pembangunan jerami; mempertingkatkan promosi agar
masyarakat lebih terdidik dan menghargai produk hijau. Ini diharap dapat meningkatkan permintaan produk hasilan
jerami di pasaran. |
---|