Penentuan dimensi kualiti guru Bahasa Arab di Malaysia
Pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah dianggap sebagai tidak berjaya. Oleh itu, guru bahasa Arab sebagai faktor utama kejayaan sistem pendidikan sekolah perlu ditransformasi melalui penyediaan, pembinaan dan penilaian kualiti guru. Hanna dan Gimbert (2011) mencadangkan tiga inisiatif utama peni...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9379/ http://journalarticle.ukm.my/9379/ http://journalarticle.ukm.my/9379/1/11481-31168-1-SM.pdf |
Summary: | Pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah dianggap sebagai tidak berjaya. Oleh itu, guru bahasa Arab sebagai
faktor utama kejayaan sistem pendidikan sekolah perlu ditransformasi melalui penyediaan, pembinaan dan penilaian
kualiti guru. Hanna dan Gimbert (2011) mencadangkan tiga inisiatif utama penilaian kualiti guru yang dimulai
dengan mengenalpasti dimensi-dimensi dalam kualiti guru. Lantaran daripada itu, kajian ini menetapkan dua objektif
kajian, iaitu meneliti dimensi kualiti guru di kalangan sarjana, dan mengamati dimensi terbaik untuk pengukuran
kualiti guru bahasa Arab. Dua objektif ini dicapai menerusi kajian kualitatif deskriptif melalui tinjauan literatur
pandangan dan kajian sarjana yang lepas. Pendekatan tematik digunakan dalam proses penyaringan dan analisis
data dengan bantuan perisian Altas.ti versi 7.1. Hasil kajian mendapati kepelbagaian dimensi kualiti guru telah
digunakan dalam kajian-kajian lepas, iaitu kelayakan guru, karakter guru, amalan dalam kelas dan keberkesanan
pengajaran. Kajian juga telah mengenalpasti satu rangka cadangan dimensi pengukuran kualiti guru bahasa Arab,
selain turut mencadangkan sebuah kajian lain untuk melengkapi rangka cadangan dimensi tersebut serta beberapa
aspek yang perlu dititikberatkan. |
---|