Kejelasan dan kekaburan makna kosa kata Arab dalam mahabbah karya Shahnon Ahmad
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan aspek kepercayaan, malah turut meliputi aspek kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi. Pemanfaatan kosa kata Arab dalam perbendaharaan ka...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9381/ http://journalarticle.ukm.my/9381/ http://journalarticle.ukm.my/9381/1/11483-31172-1-SM.pdf |
Summary: | Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perubahan
ini bukan sahaja melibatkan aspek kepercayaan, malah turut meliputi aspek kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan,
pendidikan dan ekonomi. Pemanfaatan kosa kata Arab dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu merupakan antara
perubahan positif yang menjadi penyumbang ke arah perkembangan bahasa Melayu. Namun, pemanfaatan kosa
kata bahasa Arab perlu selari dengan konteks ayat bahasa Melayu. Dengan kata lain, pemanfaatan tersebut perlu
bersesuaian antara makna asal dalam bahasa Arab dengan makna yang ingin dijelaskan dalam bahasa Melayu
mengikut konteks ayat. Bertolak daripada pemahaman ini, makalah ini menganalisis beberapa kosa kata bahasa Arab
yang digunakan dalam novel Mahabbah karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Selain itu, terdapat kosa kata
bahasa Arab yang digunakan merupakan ambilan daripada perkataan yang terdapat dalam al-Qur’an. Hal ini sejajar
dengan kandungan novel yang membicarakan nilai-nilai Islam seperti persaudaraan, kasih sayang, permuafakatan
dan kemaafan. Tujuan utama analisis ini adalah untuk meneliti ketepatan pemanfaatan kosa kata Arab mengikut
konteks ayat dalam novel Mahabbah. Berdasarkan dapatan analisis, terdapat kosa kata Arab yang digunakan dalam
novel tidak bertepatan dengan konteks ayat. Di samping itu, penggunaan kosa kata Arab tidak menyumbang kepada
pemahaman makna bagi sesuatu ayat. Analisis turut menunjukkan pemanfaatan kosa kata Arab dalam novel Mahabbah
tidak memberi penjelasan yang signifikan terhadap jalan cerita Mahabbah, malah pada sesetengah keadaan ia mungkin
merumitkan pembaca untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. |
---|