Hubungan saling pengaruh lembaga pengarah dan prestasi firma: perspektif rangkaian sosial
Hubungan saling pengaruh atau berkongsi ahli lembaga pengarah, juga merupakan antara isu dalam tadbir urus korporat yang penting. Menurut teori pergantungan sumber, hubungan saling pengaruh boleh menjadi sumber pergantungan yang boleh meningkatkan prestasi fi rma sesuai dengan persekitaran perniag...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9432/ http://journalarticle.ukm.my/9432/ http://journalarticle.ukm.my/9432/1/11128-30854-1-PB.pdf |
Summary: | Hubungan saling pengaruh atau berkongsi ahli lembaga pengarah, juga merupakan antara isu dalam tadbir urus korporat
yang penting. Menurut teori pergantungan sumber, hubungan saling pengaruh boleh menjadi sumber pergantungan yang
boleh meningkatkan prestasi fi rma sesuai dengan persekitaran perniagaan di Malaysia yang dicirikan sebagai ekonomi
berangkai (networked economy). Sebaliknya, hubungan secara bersilang atau terhubung dalam rangkaian turut dikaitkan
dengan kronisme sosial yang boleh memberi kesan buruk kepada fi rma. Maka, penyiasatan perlu dilakukan untuk melihat
pertembungan antara dua penjelasan ini. Secara khusus, berbeza daripada kajian lepas, kajian ini bertujuan untuk
memeriksa pengaruh corak hubungan saling pengaruh ke atas prestasi fi rma dan pengaruh konsentrasi hubungan saling
pengaruh ke atas prestasi fi rma. Menggunakan 240 data fi rma-tahun bagi fi rma teknologi yang tersenarai di Papan Utama
dan Pasaran ACE antara tempoh 2008 hingga 2010, keputusan ujian menunjukkan bahawa hubungan saling pengaruh
pengarah bukan eksekutif, dan konsentrasi hubungan saling pengaruh tidak mempengaruhi prestasi fi rma. Sementara
itu, hasil kajian juga mendapati hubungan saling pengaruh pengarah eksekutif memberi kesan negatif kepada prestasi.
Ini membuktikan pengarah eksekutif yang juga pengarah kepada fi rma luar, dikatakan berada dalam kedudukan yang
mungkin meningkatkan berlakunya risiko konfl ik kepentingan. Selari dengan penerangan tentang modal sosial berhubung
kesan rangkaian, dapatan kajian ini menyokong kajian lalu mengenai kronisme dalam rangkaian pengarah. |
---|