Pendekatan nilai dalam memilih kepimpinan politik: kajian tinjauan dalam kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru
Refleksi nilai yang terzahir melalui pendirian politik kumpulan kelas menengah Melayu berupaya mempengaruhi undi di dalam sistem demokrasi. Rencana ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan nilai di dalam memilih kepimpinan politik dalam kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. Reka...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9450/ http://journalarticle.ukm.my/9450/ http://journalarticle.ukm.my/9450/1/jurnal_hadhari_v6_n2_5.pdf |
Summary: | Refleksi nilai yang terzahir melalui pendirian politik kumpulan kelas menengah
Melayu berupaya mempengaruhi undi di dalam sistem demokrasi. Rencana ini
bertujuan untuk mengkaji pendekatan nilai di dalam memilih kepimpinan politik dalam
kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. Reka bentuk kajian ini
adalah menggunakan kaedah tinjauan yang terkandung di dalam metode penyelidikan
kuantitatif. Seramai 544 orang responden yang terlibat di dalam kajian ini dengan corak
pemilihan sampel menggunakan teknik ‘persampelan bertujuan’ dengan penentuan
sampel berdasarkan jadual penentu sampel Krejie & Morgan. Pembinaan set soalan
mendapat persetujuan pakar rujukan yang dilantik dan pengesahan kebolehlaksanaan
kajian ini adalah hasil daripada kajian rintis yang telah dijalankan, dengan penentuan
nilai kebolehpercayaan instrumen kajian dibuat dengan mengenal pasti tahap ketekalan
dalaman item-item yang digunakan dengan mempraktikkan: Kaedah Pemisahan Separa
(Nilai Pekali Korelasi) dan Kaedah Konsistensi Dalaman (Pekali Alfa Cronbach)
dengan menggunakan Program SPSS. Penemuan data mendapati bahawa elemen nilai amat signifikan di dalam kehidupan kumpulan kajian. Signifikan nilai terbukti apabila
dapatan data mendapati bahawa nilai mempunyai peranan di dalam memilih kepimpinan
politik (min= 3.13/sisishan piawai=.464) dan peranan nilai sebagai faktor utama di
dalam memilih kepimpinan politik (min=3.81/sisihan piawai=.563). Rumusan kajian ini
membantu menyediakan sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, seterusnya
memberi jawapan terhadap permasalahan kajian, dan akhirnya mengesahkan terdapatnya
hubungan yang signifikan antara nilai dengan pemilihan kepimpinan politik dalam
kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. |
---|