Tabu bahasa dalam masyarakat Dusun di Daerah Ranau, Sabah
Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kewujudan tabu bahasa dalam masyarakat Dusun di kampung Bundu Tuhan, daerah Ranau, Sabah. Objektif utama adalah untuk (i) menjelaskan jenis tabu bahasa yang terdapat dalam masyarakat Dusun dan strategi yang digunakan untuk mengelakkan pelanggaran tabu bah...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9457/ http://journalarticle.ukm.my/9457/ http://journalarticle.ukm.my/9457/1/11446-31071-1-SM.pdf |
Summary: | Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kewujudan tabu bahasa dalam masyarakat Dusun
di kampung Bundu Tuhan, daerah Ranau, Sabah. Objektif utama adalah untuk (i) menjelaskan
jenis tabu bahasa yang terdapat dalam masyarakat Dusun dan strategi yang digunakan untuk
mengelakkan pelanggaran tabu bahasa dan (ii) membincangkan faktor yang mempengaruhi
amalan tabu bahasa serta implikasinya kepada masyarakat Dusun. Data dikutip menerusi teknik
temu bual yang melibatkan 12 orang informan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat sepuluh
jenis tabu bahasa dalam masyarakat Dusun yang berkaitan hal sumpahan dan makian, peristiwa
kematian, hal kebersihan, sistem panggilan kekeluargaan, makhluk halus ghaib, anggota tubuh
badan, hal kewanitaan, kegiatan pertanian dan perburuan serta tabu bahasa berkaitan haiwan.
Untuk menghindari pelanggaran tabu bahasa, masyarakat Dusun menggunakan eufemisme.
Faktor utama tabu bahasa diamalkan dalam masyarakat Dusun adalah disebabkan oleh pengaruh
adat dan kepercayaan yang telah sebati sejak turun-temurun. Tabu bahasa juga didapati
mempunyai implikasi positif dan negatif terhadap masyarakat ini. |
---|