Pemikiran Islam dalam ‘ayn karya Kemala
Artikel ini mengajukan perbincangan tentang puisi berunsur Islam yang menjadi kecenderungan pengarang dalam genre sastera Islam. Pemikiran Islam yang diutarakan pengarang dalam puisi berunsur Islam ini membuktikan bahawa puisi mampu mengungkapkan kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah SWT yang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9458/ http://journalarticle.ukm.my/9458/ http://journalarticle.ukm.my/9458/1/11447-31073-1-SM.pdf |
Summary: | Artikel ini mengajukan perbincangan tentang puisi berunsur Islam yang menjadi kecenderungan
pengarang dalam genre sastera Islam. Pemikiran Islam yang diutarakan pengarang dalam puisi
berunsur Islam ini membuktikan bahawa puisi mampu mengungkapkan kebesaran, keagungan
dan kekuasaan Allah SWT yang diadun dengan indah. Justeru, kajian yang melibatkan aspek
akidah, syariat dan akhlak Islam yang terungkap dalam pemikiran pengarang ini berkait secara
langsung dengan kehidupan umat Islam yang akur akan suruhan Allah SWT. Oleh itu,
perbincangan terhadap pemikiran Islam dalam artikel ini merujuk ‘Ayn karya Kemala. Analisis
himpunan puisi berkenaan memanfaatkan teori Takmilah. Kerangka ini berperanan sebagai
pengukur nilai Islam dalam teks yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ‘Ayn
memperlihatkan kesedaran pengarang sebagai khalifah Allah SWT dalam membawa khalayak
menjadi insan al-kamil dan sentiasa bertakwa dan beriman kepada Allah SWT. |
---|