Analisis struktur fokus dalam komunikasi arahan guru dalam bilik darjah
Kajian ini meneliti aspek komunikasi lisan bentuk arahan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Arahan merupakan sebahagian daripada komunikasi lisan guru bersama murid di dalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Kejelasan dan kesesuaian nada arahan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9464/ http://journalarticle.ukm.my/9464/ http://journalarticle.ukm.my/9464/1/11453-31085-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini meneliti aspek komunikasi lisan bentuk arahan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Arahan merupakan sebahagian daripada komunikasi lisan guru
bersama murid di dalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
Kejelasan dan kesesuaian nada arahan guru amatlah penting untuk guru mengawal kelas serta
dapat menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan berkesan. Sehubungan dengan itu,
kajian ini mengenal pasti nada arahan guru dengan membandingkan bahagian-bahagian yang
mengalami penekanan atau fokus ketika ujaran arahan diberikan kepada murid. Responden
kajian terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan,
Batu Pahat, Johor. Kajian ini juga melibatkan seramai 6 orang guru yang mengajar subjek
Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam. Secara tidak
langsung, makalah ini memperjelaskan hubungan komunikasi lisan terhadap penyampaian
arahan dengan makna arahan yang disampaikan guru. Pengumpulan data dilakukan dengan
merakam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan ujaran arahan yang tepat.
Sistem praat digunakan untuk menentukan penekanan arahan guru. Analisis data rakaman juga
berpandukan model struktur fokus Van Valin (2005) yang melibatkan fokus ayat, fokus predikat
dan fokus sempit. Hasil kajian menunjukkan guru menggunakan teknik struktur fokus iaitu
fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit dalam penyampaian arahan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. |
---|