“Realpolitik” hubungan Singapura-Amerika Syarikat dalam konteks penambakan wilayah di Singapura
Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi. Kemudiannya pasir berkenaan ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat gi...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9467/ http://journalarticle.ukm.my/9467/ http://journalarticle.ukm.my/9467/1/7355-30663-1-PB.pdf |
Summary: | Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi.
Kemudiannya pasir berkenaan ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar
laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan
wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Ini adalah kerana Singapura mempunyai bidang tanah yang kecil,
kawasan pantai yang terhad dan mempunyai populasi penduduk yang semakin meningkat. Objektif kajian ini adalah
untuk menganalisis hubungan bilateral antara Singapura dengan Amerika Syarikat, dan mengenalpasti kerjasama
militarinya yang berkaitan dengan aktiviti penambakan wilayah di Singapura. Pengumpulan data primer dilaksanakan
secara pemerhatian terus di lapangan dan melalui beberapa sesi temubual mendalam. Pengumpulan data sekunder
diperolehi daripada pelbagai sumber seperti artikel jurnal tersohor, akhbar, laman internet yang dipercayai dan
laporan kerajaan. Kajian ini mendapati bahawa langkah yang diambil oleh Singapura untuk menambak wilayah ini
bukanlah disebabkan peningkatan populasi penduduknya semata-mata. Tatkala Amerika Syarikat kelihatan agresif
melaksanakan strategi pivot to Asia Pacific, Singapura pula sebenarnya mengalu-alukan kehadiran kuasa militari
Amerika Syarikat ke rantau ini. Justeru kajian ini menyimpulkan bahawa jaringan kerjasama militari Singapura-
Amerika Syarikat adalah signifikan di dalam aktiviti penambakan wilayah Singapura di mana ianya memenuhi
kepentingan realpolitik Amerika Syarikat di rantau ini. |
---|