Peramal kepuasan hidup wanita Melayu pertengahan umur bekerjaya di Hulu Langat, Selangor
Kepuasan hidup boleh dinilai secara spesifik mengikut domain tertentu kehidupan atau secara umum. Usia pertengahan sinonim dengan senario krisis pertengahan usia (midlife crisis). Ia digambarkan sebagai perubahan mendadak pada personaliti, gaya hidup dan keutamaan di dalam hidup. Objektif kajian i...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9469/ http://journalarticle.ukm.my/9469/ http://journalarticle.ukm.my/9469/1/8149-30665-1-PB.pdf |
| Summary: | Kepuasan hidup boleh dinilai secara spesifik mengikut domain tertentu kehidupan atau secara umum. Usia pertengahan
sinonim dengan senario krisis pertengahan usia (midlife crisis). Ia digambarkan sebagai perubahan mendadak pada
personaliti, gaya hidup dan keutamaan di dalam hidup. Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisa faktorfaktor
yang mempengaruhi kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Sokongan sosial, penghargaan kendiri, kesunyian
dan motivasi agama dalaman dijangka mempengaruhi kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Kajian
ini telah dijalankan ke atas 410 orang wanita pertengahan usia bekerjaya di Hulu Langat, Selangor. Persampelan
bertujuan telah digunakan kerana responden yang dipilih perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu; wanita bekerjaya,
Melayu, berumur 40-59 tahun dan tinggal serta bekerja di Hulu Langat, Selangor. Satu set borang soal selidik
digunakan untuk mengkaji pemboleh ubah-pemboleh ubah terpilih. Analisis yang digunakan untuk mencapai objektif
kajian ialah analisis regresi pelbagai (berperingkat). Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya pemboleh ubah
sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kesunyian menyumbang kepada kepuasan hidup. Motivasi agama dalaman
didapati tidak signifikan dalam meramal kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Analisis R² mendapati bahawa
pemboleh ubah yang dikaji menyumbang sebanyak 47% kepada varians kepuasan hidup. Hasil kajian menyumbang
kepada pemahaman baru terhadap peramal kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Ia boleh dimanfaatkan oleh ahli
psikologi, kaunselor, penyelidik dan pekerja sosial. Hasil kajian akan memberi input kepada perancangan program
untuk meningkatkan kepuasan hidup wanita. Ia juga boleh dijadikan rujukan untuk penggubalan polisi dan dasar demi
kebajikan wanita. |
|---|