Pemodelan kesediaan pelajar beranjak kepada berbasikal di UKM

Peningkatan kebergantungan kepada penggunaan kereta dan gaya hidup yang tidak aktif di kampus universiti telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat dan lebih banyak permintaan untuk tempat letak kereta, pencemaran udara dan lain-lain lagi. Oleh itu, banyak kajian telah dilakuka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sahar Abd Ali Dawood, Muhamad Nazri Borhan, Riza Atiq O.K. Rahmat
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi. 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9513/
http://journalarticle.ukm.my/9513/
http://journalarticle.ukm.my/9513/1/13.pdf
Description
Summary:Peningkatan kebergantungan kepada penggunaan kereta dan gaya hidup yang tidak aktif di kampus universiti telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat dan lebih banyak permintaan untuk tempat letak kereta, pencemaran udara dan lain-lain lagi. Oleh itu, banyak kajian telah dilakukan untuk memenuhi keperluan bagi kelestarian di kampus universiti. Istilah “Pengangkutan Aktif” seperti berbasikal perlu dijadikan cara untuk memperoleh kelestarian di kampus universiti. Untuk menilai kesan langkah ini, sejumlah 169 soal selidik telah diedarkan di dalam kampus kepada pemandu-pemandu kereta dan temuramah telah dilakukan dengan pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Regresi logistik telah digunakan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna untuk menukar mod perjalanan mereka kepada berbasikal. Dapat disimpulkan bahawa dengan mengenakan bayaran letak kereta dan mengurangkan ruang untuk letak kereta secara langsung akan memberi kesan kepada penggunaan berbasikal sebagai mod pengangkutan di dalam kampus.