Pemahaman hubungan antara modal sosial dan perkongsian pengetahuan dalam community of practice di sektor awam Malaysia: kesan ke atas prestasi kerja individu

Cabaran terbesar perkongsian pengetahuan dalam Community of Practice ialah kesediaan individu untuk berkongsi pengetahuan mereka. Kertas ini mengintegrasikan Teori Modal Sosial dan Teori Berasaskan Pengetahuan Firma untuk memeriksa hubungan antara modal sosial dan perkongsian pengetahuan, serta k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zabri Yusoff, Rosmah Mat Isa, Nor Liza Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9516/
http://journalarticle.ukm.my/9516/
http://journalarticle.ukm.my/9516/1/11132-30900-1-PB.pdf
Description
Summary:Cabaran terbesar perkongsian pengetahuan dalam Community of Practice ialah kesediaan individu untuk berkongsi pengetahuan mereka. Kertas ini mengintegrasikan Teori Modal Sosial dan Teori Berasaskan Pengetahuan Firma untuk memeriksa hubungan antara modal sosial dan perkongsian pengetahuan, serta kesannya ke atas prestasi kerja individu. Data kajian dikutip daripada ahli-ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif di Majlis Perbandaran Kuantan, dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Sebanyak 219 sampel telah dianalisis menggunakan PLS-SEM. Dapatan kajian menunjukkan keakraban, kepercayaan, bahasa sepunya, dan matlamat sepunya boleh mempengaruhi individu untuk berkongsi pengetahuan mereka, serta perkongsian pengetahuan mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi kerja individu. Justeru, untuk mempertingkatkan aktiviti perkongsian pengetahuan dalam Community of Practice, pihak kerajaan perlu memberi penekanan kepada aspek-aspek berkaitan modal sosial