Sistem penuaian air hujan: kajian kes kesediaan masyarakat di Bandar Baru Bangi
Peningkatan di dalam permintaan air telah mendorong pihak kerajaan memperkenalkan kaedah penuaian air hujan sebagai satu sumber alternatif bekalan air. Kesan aspirasi dan perilaku pengguna masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Perubahan gaya hidup yang moden telah mengubah cara kepengg...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9542/ http://journalarticle.ukm.my/9542/ http://journalarticle.ukm.my/9542/1/6x.geografia-okt15-shamsuddin-edam.pdf |
Summary: | Peningkatan di dalam permintaan air telah mendorong pihak kerajaan memperkenalkan kaedah penuaian air hujan
sebagai satu sumber alternatif bekalan air. Kesan aspirasi dan perilaku pengguna masih belum diterokai secara
mendalam dan ilmiah. Perubahan gaya hidup yang moden telah mengubah cara kepenggunaan air bersih di kalangan
masyarakat. Justeru, makalah ini bertujuan meneliti aspek kesediaan pihak awam terhadap penggunaan sistem
penuaian air hujan di premis kediaman masing-masing. Bandar Baru Bangi dijadikan tapak penyelidikan
memandangkan ianya disifatkan sebagai hot spot kejadian kekurangan bekalan air dan sering berlakunya catuan air.
Untuk memudahkan agihan responden sebanyak 378 orang, kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan
rawak berstrata yang mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap
seksyen di Bandar Baru Bangi. Hasil kajian mendapati, majoriti besar yang menganggap air dari tuaian hujan tidak
layak digunakan untuk kegunaan air minuman adalah berdasarkan kepada persepsi risiko masing-masing. Mereka
berkemungkinan merasakan wujudnya risiko atau bahaya untuk kesihatan sekiranya sumber berkenaan dijadikan
sebagai sumber air minuman. |
---|