Isu keselamatan dalam industri pelancongan: satu tinjauan konsep
Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan adalah aspek kritikal yang perlu diberikan perhatian yang serius untk memastikan satu-satu destinasi pelancongan terus kekal menjadi pilihan pelancong. Kertas kerja ini adalah suatu tinjauan teoretikal tentang keselematan dan jaminan dalam ind...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9554/ http://journalarticle.ukm.my/9554/ http://journalarticle.ukm.my/9554/1/4.geografia-si-nov15-lageswaran-edam.pdf |
Summary: | Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan adalah aspek kritikal yang perlu diberikan perhatian yang
serius untk memastikan satu-satu destinasi pelancongan terus kekal menjadi pilihan pelancong. Kertas kerja ini
adalah suatu tinjauan teoretikal tentang keselematan dan jaminan dalam industri pelancongan yang berkait rapat
dengan keselamatan pelancong semasa mengunjungi sesebuah destinasi pelancongan. Antara ancaman yang
dihadapi dalam percutian pelancong ialah bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi, jenayah dan keganasan
seperti rogol, culik, bunuh termasuk mangsa penipuan oleh agensi dan perkhidmatan pelancongan, keracunan
makanan, ancaman penyakit dan lain-lain lagi. Isu keselamatan dan jaminan dalam pelancongan turut berkait dengan
keselamatan diri pelancong dan kepentingan mereka termasuklah kebolehan untuk mencari arah dalam persekitaran
yang asing, memahami tanda sistem tempatan, petunjuk dan kelaziman sosial dan akhirnya keselamatan
perkhidmatan pengguna dan membeli-belah. Ringkasnya, keamanan dan hospitaliti adalah ‘rakan baik’ dalam aspek
perjalanan dan pelancongan, sebaliknya peperangan dan suasana tidak selamat adalah antara ‘musuh’ yang paling
teruk. |
---|