Kajian kes perlaksanaan etika kerja Islam (EKI) di Johor Corporation (JCorp): tumpuan kepada perlaksanaan dan faedahnya

Literatur menunjukkan bahawa etika kerja merupakan isu penting yang mempengaruhi pengurusan dan prestasi organisasi. Artikel ini bertujuan mengkaji etika kerja Islam yang dilaksanakan di JCorp. Artikel ini juga bertujuan untuk mengkaji faedah-faedah yang diterima hasil daripada perlaksanaan etika...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Mustakim Mohamed Noh, Siti Arni Basir, Lukhman Taib, Musaiyadah Amadun, Wan Norhasniah Haji Wan Husin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9612/
http://journalarticle.ukm.my/9612/
http://journalarticle.ukm.my/9612/1/12184-33201-1-SM.pdf
Description
Summary:Literatur menunjukkan bahawa etika kerja merupakan isu penting yang mempengaruhi pengurusan dan prestasi organisasi. Artikel ini bertujuan mengkaji etika kerja Islam yang dilaksanakan di JCorp. Artikel ini juga bertujuan untuk mengkaji faedah-faedah yang diterima hasil daripada perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan JCorp sebagai kajian kes. Temubual separastruktur digunakan sebagai kaedah pungutan data yang utama, yang kemudiannya disokong oleh kaedah pungutan data dengan meneliti kepada dokumen-dokumen berkaitan. Para pengurus tertinggi dan eksekutif (pegawai) JCorp telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp dan faedah-faedah yang diperolehi daripadanya. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh amalan etika kerja Islam yang dilaksanakan oleh warga kerja JCorp iaitu bekerja sebagai ibadah kepada Allah SWT, disiplin, amanah, syura, adil, islah (penambahbaikan berterusan) dan bersungguh-sungguh. Perlaksanaan etika kerja Islam yang berkesan turut memberikan faedah yang signifikan sama ada kepada warga kerja JCorp, kepada organisasi JCorp itu sendiri dan kepada masyarakat. Antara faedahnya ialah lahirnya warga kerja yang menunjukkan komitmen kerja yang tinggi, peluang kenaikan pangkat, kadar pekerja berhenti yang rendah dan warga kerja berpengalaman yang setia. Faedah lain ialah JCorp mampu melaksanakan tanggungjawab sosialnya secara aktif, termasuklah program Klinik Waqaf An-Nur. Perlaksanaan etika kerja Islam juga membantu JCorp menjana keuntungan perniagaan yang tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Johor dan negara. Kajian ini membuktikan bahawa dengan kerjasama pihak pengurusan dan para pekerja, etika kerja Islam berjaya dilaksanakan di JCorp. Hasil atau dapatan daripada kajian ini boleh dijadikan panduan kepada para pengurus dalam usaha mereka untuk melaksanakan etika kerja Islam secara efektif.