Perbandingan kaedah dalam menganggar nilai lenyap bagi data zarah pencemar PM10 dan O3

Pencemaran udara secara amnya disebabkan oleh kehadiran sekurang-kurangnya satu bahan kimia di atmosfera dalam jumlah yang boleh membahayakan kesihatan. Nilai lenyap sering terjadi dalam data kualiti udara yang biasanya digunakan semasa menjalankan kajian mengenai alam sekitar. Nilai lenyap biasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salwa Ismail, Zamira Hasanah Zamzuri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9737/
http://journalarticle.ukm.my/9737/
http://journalarticle.ukm.my/9737/1/jqma-11-2-paper7.pdf
Description
Summary:Pencemaran udara secara amnya disebabkan oleh kehadiran sekurang-kurangnya satu bahan kimia di atmosfera dalam jumlah yang boleh membahayakan kesihatan. Nilai lenyap sering terjadi dalam data kualiti udara yang biasanya digunakan semasa menjalankan kajian mengenai alam sekitar. Nilai lenyap biasanya berlaku akibat pensampelan tidak mencukupi, ralat dalam ukuran atau kesalahan semasa pengumpulan data. Keadaan ini memberi kesan pada data dan seterusnya menyebabkan analisis statistik diragui. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah dan membuat perbandingan kaedah untuk menaksir nilai lenyap dengan menggunakan kaedah kesan tempat bersandar, min baris dan min jam. Lokasi kajian ini adalah Sek. Men. Raja Perempuan Zarina, Klang; Sek. Keb. Indera Mahkota, Pahang; Sek. Men. Pagoh, Ipoh; dan Sek. Men. Dato’ Permaisuri, Miri. Manakala zarah pencemar yang digunakan adalah PM10 dan O3. Pemilihan kaedah terbaik dinilai menggunakan tiga penunjuk prestasi, iaitu indeks persetujuan, punca kuasa dua min ralat dan min ralat mutlak. Ketiga-tiga prestasi penunjuk memilih kaedah kesan tempat bersandar sebagai kaedah terbaik untuk menganggar nilai lenyap.