Penyalahgunaan dadah sebagai ancaman keselamatan: analisis keberkesanan program kerajaan dalam mengekang pengrekrutan penagih dadah di Malaysia
Keselamatan dunia kontemporari bukan sahaja menuntut aktor negara memainkan peranan yang sewajarnya tetapi juga aktor bukan negara . Ini kerana usaha menjamin keselamatan negara menjadi tercabar apabila aktor bukan negara bertindak di luar batasan dan melanggar norma-norma kehidupan termasuk undan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9771/ http://journalarticle.ukm.my/9771/ http://journalarticle.ukm.my/9771/1/6x.geografia-dec15-zarina%26daud-edam3.pdf |
Summary: | Keselamatan dunia kontemporari bukan sahaja menuntut aktor negara memainkan peranan yang sewajarnya tetapi
juga aktor bukan negara . Ini kerana usaha menjamin keselamatan negara menjadi tercabar apabila aktor bukan
negara bertindak di luar batasan dan melanggar norma-norma kehidupan termasuk undang-undang masyarakat sivil.
Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Malaysia merupakan isu nasional. Kerajaan Malaysia menerusi Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelbagai agensi telah melakukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah ini.
Persoalannya adakah hasilnya boleh dibanggakan dalam mengekang ancaman kepada keselamatan komuniti-individu
di Malaysia. Justeru, kajian ini menganalisis keterancaman keselamatan individu dan komuniti di Malaysia oleh
penyalahgunaan dadah. Berasaskan konsep keselamatan insan kajian ini memanfaatkan hasil analisis dokumen,
pemerhatian, perbincangan kumpulan terfokus, dan temu bual berstruktur dengan informan terpilih yang terlibat
secara langsung dalam pengurusan masalah dadah dalam institusi dan komuniti dari dalam dan luar negara. Dapatan
kajian mendapati wujudnya ancaman ke atas insan dalam individu-komuniti di Malaysia. Walau bagaimanapun,
kepelbagaian dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar program rawatan dan pemulihan yang dijalankan
untuk mengekang pengrekrutan penagih adalah kurang berkesan. |
---|