Jenis dan tahap pemilikan modal peniaga bazar larut malam: kajian kes di Lembah Klang, Malaysia

Kertas kerja ini membincangkan modal-modal yang terlibat dalam menjalankan perniagaan bazar larut malam. Pemilikan modal merupakan elemen penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan berskala kecil ini. Lazimnya, modal dikaitkan dengan aspek kewangan dan keuntungan sahaja. Maka, berdasarkan Mo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noordeyana Tambi, Asnarulkhadi Abu Samah, Hanina Halimatusaadiah Hamsan, Ma’rof Redzuan
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9802/
http://journalarticle.ukm.my/9802/
http://journalarticle.ukm.my/9802/1/7ok.geografia-jan16-noordeyana1-edkatam1.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan modal-modal yang terlibat dalam menjalankan perniagaan bazar larut malam. Pemilikan modal merupakan elemen penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan berskala kecil ini. Lazimnya, modal dikaitkan dengan aspek kewangan dan keuntungan sahaja. Maka, berdasarkan Model Kelestarian Perniagaan oleh Tilley & Young (2006) diadaptasi bersama konsep Modal Komuniti oleh Hart (2000), kajian dijalankan untuk mengkaji tahap kelestarian komuniti peniaga bazar larut malam menerusi pemilikan modal-modal peniaga iaitu modal sosial, modal insan, modal kewangan dan modal fizikal. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pemilikan modal-modal oleh peniaga bazar larut malam adalah berada pada tahap yang sederhana iaitu kesemua tahap modal berada pada tahap yang sederhana iaitu tahap modal sosial (70.0%), tahap sederhana modal insan (75.2%), tahap sederhana modal kewangan (82.8%) dan tahap sederhana modal fizikal (81.2%). Ini bererti bahawa masih terdapat ruang untuk mengukuhkan modal, dan dengan itu, kemampanan perniagaan.