Sungai Melaka sebagai suatu daya tarikan pelancongan baru di Negeri Melaka: satu ulasan kritis

Sektor pelancongan banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Kerajaan mempromosikan pelbagai tema dan program bagi menarik perhatian para pelacong. Kesannya, jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia meningkat dari setahun ke setahun. Artikel ini mengulas Sungai Melaka sebagai daya tarikan pelancong...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ang, Kean Hua
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9806/
http://journalarticle.ukm.my/9806/
http://journalarticle.ukm.my/9806/1/11ok.geografia-jan16-angkeanhua-edkatam1.pdf
Description
Summary:Sektor pelancongan banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Kerajaan mempromosikan pelbagai tema dan program bagi menarik perhatian para pelacong. Kesannya, jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia meningkat dari setahun ke setahun. Artikel ini mengulas Sungai Melaka sebagai daya tarikan pelancongan. Negeri Melaka merupakan destinasi pelancongan yang bertemakan sejarah namun kini digandingkan dengan pelancongan alam sekitar yang berfokus kepada Sungai Melaka. Fungsi utama Sungai Melaka yang asal adalah sebagai sumber air, makanan, pertanian, penternakan, pengangkutan, dan pekerjaan. Kini kerajaan negeri membangunkan semula Sungai Melaka menjadi seperti ‘Venice of the East’, iaitu sebagai salah satu program pelancongannya. Pembangunan semula secara fizikal telah menjadikan Sungai Melaka lebih menarik. Perubahan fizikal ini juga telah menyebabkan fungsi asal Sungai Melaka berubah. Pembangunan ekonomi moden dan pembandaran di sekitarnya juga telah meningkatkan tahap hubungan manusia-sungai. Pada masa yang sama kelebaran dan kedalaman sungai turut meningkat. Pencemaran sungai juga mula berlaku. Oleh itu, pembangunan, perancangan, dan pengurusan harus dilakukan oleh semua pihak termasuk kerajaan, swasta, penduduk tempatan, dan masyarakat bagi mengekalkan kebersihan Sungai Melaka.