Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: fokus pendekatan bimbingan jiwa

Peringkat remaja, zaman penuh dengan risiko hasil perubahan dari aspek psikologi, biologi dan sosial. Perubahan ini, kadang-kadang memberi cabaran dan tekanan kepada remaja yang kurang bersedia dengan kehadirannya. Mereka tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fariza Md Sham, Azyyati Mohd Nazim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9846/
http://journalarticle.ukm.my/9846/
http://journalarticle.ukm.my/9846/1/12494-34083-1-SM.pdf
Description
Summary:Peringkat remaja, zaman penuh dengan risiko hasil perubahan dari aspek psikologi, biologi dan sosial. Perubahan ini, kadang-kadang memberi cabaran dan tekanan kepada remaja yang kurang bersedia dengan kehadirannya. Mereka tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut. Kesan dari tekanan dan ketegangan emosi, remaja menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal dan terlibat dalam masalah sosial. Remaja seperti ini tergolong dalam kumpulan remaja yang berisiko. Oleh itu, remaja berisiko perlu diberi bimbingan pada peringkat awal, agar mereka tidak terjerumus ke dalam jenayah yang lebih berat. Bimbingan jiwa merupakan salah satu pendekatan dalam psikologi dakwah bagi menangani permasalahan remaja berisiko. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang pendekatan psikologi dakwah menangani permasalahan remaja berisiko dengan memfokuskan kepada kaedah bimbingan jiwa. Terdapat tiga kaedah bimbingan jiwa iaitu, kaunseling secara langsung, bimbingan secara berkelompok, bimbingan keluarga dan perkahwinan. Bimbingan jiwa yang berasaskan ajaran agama Islam, mampu menangani permasalahan remaja berisiko.