Strategi peta konsep dan strategi tradisional terhadap pencapaian komsas dalam Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan strategi peta konsep dan strategi tradisional terhadap pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat. Kajian kuasi-eksperimen yang telah dijalankan ini melibatkan 71 orang responden daripada kalanga...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Siti Halijah Laungeng
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9864/
http://journalarticle.ukm.my/9864/
http://journalarticle.ukm.my/9864/1/106-209-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan strategi peta konsep dan strategi tradisional terhadap pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat. Kajian kuasi-eksperimen yang telah dijalankan ini melibatkan 71 orang responden daripada kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah menengah kebangsaan di Johor. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang diajar melalui strategi peta konsep dan kumpulan kawalan yang diajar melalui strategi tradisional. Pengajaran telah dilaksanakan bagi lapan sesi pengajaran selama lapan minggu. Kajian ini menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian KOMSAS kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan pada peringkat ujian pra dan pasca, ujian-t sampel bebas dijalankan dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 19.0 Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Min skor pencapaian dalam ujian pasca bagi pelajar kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor kumpulan kawalan. Min ujian pasca bagi strategi peta konsep ialah 86.32 dan sisihan piawainya 8.901, manakala min ujian pasca bagi strategi tradisional hanya 63.19 dan sisihan piawai 14.318. Perbezaan min ujian pasca antara kumpulan pelajar strategi konsep dengan kumpulan pelajar strategi tradisional sebanyak 23.13. ecara keseluruhan, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam KOMSAS.