Unsur konflik dalam novel remaja terpilih
Kertas kerja ini membicarakan tentang konflik remaja yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih. Novel-novel tersebut pernah dirombak isi kandungannya kerana dikatakan tidak sesuai untuk golongan pelajar membacanya. Selain itu, novel-novel remaja ini telah mencetuskan pelbagai pendapat dan krit...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9866/ http://journalarticle.ukm.my/9866/ http://journalarticle.ukm.my/9866/1/108-213-1-SM.pdf |
Summary: | Kertas kerja ini membicarakan tentang konflik remaja yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih. Novel-novel tersebut pernah dirombak isi kandungannya kerana dikatakan tidak sesuai untuk golongan pelajar membacanya. Selain itu, novel-novel remaja ini telah mencetuskan pelbagai pendapat dan kritikan daripada golongan penggiat sastera, NGO, ahli akademik, dan ramai lagi. Persoalannya adakah novel-novel tersebut tidak memaparkan teladan yang baik kepada khalayak pembacanya sedangkan novel-novel ini telah memenangi pelbagai hadiah dalam pertandingan yang disertai. Objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasikan dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam novel yang dikaji. Dalam konteks kehidupan, manusia tidak pernah terlepas daripada menghadapi masalah hidup. Begitu juga permasalahan dalam kalangan remaja, yang seringkali dikaitkan dengan sifat remaja yang beremosi sehingga mencetuskan konflik. Hal ini kerana jiwa golongan ini sangat mudah tersentuh dan beremosi sekiranya tersalah didik. Hasil kajian mendapati teks ini menyentuh tentang aspek konflik seperti konflik dalam keluarga, konflik dalam diri dan konflik rakan sebaya yang terdapat dalam novel remaja pilihan. Setelah diteliti, konflik yang berlaku kepada watak mampu ditangani oleh remaja yang berkonflik. Kesemua watak berjaya dalam kehidupan setelah menghadapi pelbagai konflik. Sehubungan itu, kajian ini melihat aspek konflik daripada perspektif teori Humanistik Abraham Maslow. |
---|