Membangun modal insan Orang Asli: kajian peranan dan penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Kuantan, Pahang

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau peranan ibu bapa murid Orang Asli dalam menentukan matlamat pendidikan anak-anak lalu meningkatkan pencapaian akademik. Dalam kajian kes ini, data diperolehi daripada dua orang ibu dan dua orang bapa murid Orang Asli sebagai peserta kajian. Instrumen yang di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norwaliza Abdul Wahab, Ramlee Mustapha, Jasmi Abu Talib
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9890/
http://journalarticle.ukm.my/9890/
http://journalarticle.ukm.my/9890/1/1x.geografia-si-mac16-norwaliza-edam_%282%29.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau peranan ibu bapa murid Orang Asli dalam menentukan matlamat pendidikan anak-anak lalu meningkatkan pencapaian akademik. Dalam kajian kes ini, data diperolehi daripada dua orang ibu dan dua orang bapa murid Orang Asli sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan ialah protokol temu bual dan senarai semak pemerhatian sebagai alat mengumpul data. Temu bual secara mendalam dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan data kritikal daripada ibu bapa. Data temubual telah dianalisis dan dikategori mengikut tema-tema yang muncul. Triangulasi telah dijalankan terhadap data temubual dan pemerhatian untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian. Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa ibu bapa Orang Asli mempunyai aspirasi dan matlamat untuk anak-anak mereka. Mereka juga mengatakan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan di sekolah serta telah mengambil tindakan bagi memastikan anakanak berjaya dalam pendidikan. Ini menunjukkan ibu bapa yang mempunyai matlamat pendidikan yang jelas untuk anak-anak adalah penting bagi meningkatkan pencapaian akademik serta mengurangkan kadar ketidakhadiran anakanak ke sekolah dan seterusnya dapat mengurangkan keciciran.