Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab.
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri (self-efficacy) dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab d...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK, UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/992/ http://journalarticle.ukm.my/992/ http://journalarticle.ukm.my/992/1/pp81_96.pdf |
Summary: | Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk
melihat tahap kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri (self-efficacy) dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17 yang melibatkan seramai 445 orang sampel yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO7 yang melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri pelajar berada pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap komponen ini pula menunjukkan bahawa jangkaan untuk berjaya dalam kursus di UiTM berada pada tahap yang tinggi manakala jangkaan untuk menguasai kemahiran lisan bahasa Arab secara umum berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan agar konsep
jangkaan terhadap keupayaan kendiri perlu diterapkan dalam kalangan pelajar bersesuaian dengan pencapaian mereka yang berbeza. Begitu juga, bahan pembelajaran. |
---|