Persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan metodologi dakwah Pusat Dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam

Dakwah berkembang di Negara Brunei Darussalam dengan begitu pesat sejak tahun 1950-an sehingga kini. Pelbagai institusi ditubuhkan dan bergiat aktif ke arah merealisasikan cabaran dakwah Islam termasuk Pusat Dakwah Islamiah. Namun pada masa kini, statistik masalah sosial dalam kalangan remaja di Neg...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Dayang Ummi Fa'izah Abdul Rahman, Salasiah Hanin Hamjah, Izzah Nur Aida Zur Raffar
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9930/
http://journalarticle.ukm.my/9930/
http://journalarticle.ukm.my/9930/1/180-776-1-PB.pdf
Description
Summary:Dakwah berkembang di Negara Brunei Darussalam dengan begitu pesat sejak tahun 1950-an sehingga kini. Pelbagai institusi ditubuhkan dan bergiat aktif ke arah merealisasikan cabaran dakwah Islam termasuk Pusat Dakwah Islamiah. Namun pada masa kini, statistik masalah sosial dalam kalangan remaja di Negara Brunei Darussalam semakin meningkat dan membimbangkan pelbagai pihak. Institusi dakwah dilihat seolah-olah tidak berperanan dalam mengatasi masalah sosial di Brunei. Justeru itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan metodologi dakwah Pusat Dakwah Islamiah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Soal Selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Seramai 370 orang responden telah dipilih dalam kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Penganalisisan data pula dilakukan secara deskriptif menggunakan SPSS version 21 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min (purata). Hasil kajian mendapati metodologi dakwah yang dilakukan oleh Pusat Dakwah Islamiah dari sudut gaya penyampaian berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan Pusat Dakwah Islamiah perlu meningkatkan metodologi dakwah kepada masyarakat agar agama Islam lebih dihayati dan dijadikan sebagai panduan hidup masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam.