Padi sebagai tanda dalam peribahasa Melayu
Orang Melayu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meneliti tanda-tanda dan unsur alam bagi melahirkan ungkapan yang indah tentangnya dalam peribahasa. Makalah ini meneliti unsur alam iaitu padi sebagai salah satu tanda yang kemudiannya banyak dipindahkan dalam peribahasa. Padi dipilih kerana ia...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9956/ http://journalarticle.ukm.my/9956/ http://journalarticle.ukm.my/9956/1/14135-38839-1-SM.pdf |
Summary: | Orang Melayu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meneliti tanda-tanda dan unsur alam
bagi melahirkan ungkapan yang indah tentangnya dalam peribahasa. Makalah ini meneliti unsur
alam iaitu padi sebagai salah satu tanda yang kemudiannya banyak dipindahkan dalam
peribahasa. Padi dipilih kerana ia merupakan sumber ekonomi dan juga sumber utama makanan
masyarakat Melayu. Unsur tersirat di sebalik tanda-tanda pada padi dihurai dengan membuat
penilaian dan pentafsiran agar dapat lebih difahami. Pemahaman ini boleh dijadikan sebagai
panduan kehidupan seharian khususnya dalam sosialisasi. Buku Peribahasa Melayu: Penelitian
Makna dan Nilai (2011) yang diselenggarakan oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad
Mat Hassan, terbitan Universiti Putra Malaysia digunakan sebagai teks kajian. Pendekatan Firasat
di bawah Pendekatan Alamiah dalam Teori Pengkaedahan Melayu dimanfaatkan sebagai
kerangka teori untuk melihat tanda dan makna yang dikemukakan menerusi padi dalam
peribahasa. Proses ini akhirnya memenuhi matlamat paksi Teori Pengkaedahan Melayu iaitu
untuk mencapai kebajikan, ketakwaan dan kesusilaan. Analisis ditumpukan terhadap makna dan
peranan padi dalam kehidupan orang Melayu. Dapatan penelitian ini antara lain menyimpulkan
bahawa padi berperanan sebagai tanda hubungan persaudaraan dan kekeluargaan, pembinaan
akhlak yang baik dan sumber rezeki dalam beberapa peribahasa Melayu yang dirujuk. |
---|