Analisis Tematik Hadith Berkaitan Faqir dan Miskin Dalam Sahih Bukhari
Perbincangan mengenai golongan fakir dan miskin adalah penting di dalam menyusun strategi pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara. Sebagai rujukan kedua bagi umat Islām, kitab ḥadīth turut berperanan merekodkan ucapan, tindakan serta sikap nabi Muḥammad terhadap golongan tersebut. Pun demikian, bu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Pahang
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11836/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11836/1/Analisis%20Tematik.pdf |
Summary: | Perbincangan mengenai golongan fakir dan miskin adalah penting di dalam menyusun strategi pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara. Sebagai rujukan kedua bagi umat Islām, kitab ḥadīth turut berperanan merekodkan ucapan, tindakan serta sikap nabi Muḥammad terhadap golongan tersebut. Pun demikian, bukan semua ḥadīth berkenaan relevan di dalam persoalan pembangunan ekonomi negara. Implikasi kefahaman setiap ḥadīth itu juga mempunyai tema objektif yang berbeza. Justeru, penyelidikan preliminari ini dilakukan bagi mengumpulkan ḥadīth-ḥadīth yang mengandungi kalimah faqīr dan miskīn mengikut tema yang khusus, bagi membolehkan kefahaman yang sebenar terhadap inisiatif Islām menguruskan golongan tersebut, seterusnya dapat digunakan oleh penyelidik bagi menentukan garis kemiskinan dan kefakiran sebagai rujukan kiraan kutipan dan agihan zakat. Penyelidikan ini juga berpotensi bagi menguji sejauhmanakah keberkesanan metodologi tematik bagi penerokaan lanjutan bidang berkaitan aṣnāf faqīr dan miskīn. Penyelidikan ini akan dilakukan menerusi metodologi kualitatif, dengan mengaplikasi analisis tematik (Boyatzis, 1998). Menerusi aplikasi ini, tema-tema yang terpola dalam Ṣaḥīḥ Bukhārī sebagai rujukan ḥadīth primer, akan dikenalpasti dengan carian kalimah faqīr dan miskīn. Kertas ini akan mengklasifikasi tema topik ḥadīth berkenaan, bagi meneroka penyelidikan lanjutan yang lebih komprehensif di dalam isu golongan tersebut. |
---|