Penerapan 100% Konsep Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) Dalam Pengajaran di FKM
Pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) berbantukan komputer telah dilaksanakan dalam pengajaran di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) bagi subjek Rekabentuk Mekanik Berbantukan Komputer pada semester pertama seisi 2006/2007. Objektif pembelajaran berpusatkan pelajar ini dilakukan demi membangunkan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/1247/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/1247/1/Peneraoan_Konsep_Pembelajaran_Berpusatkan_Pelajar_SCL_Dalam_Pengajaran_di_FKM.pdf |
Summary: | Pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) berbantukan komputer telah dilaksanakan dalam pengajaran di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) bagi subjek Rekabentuk Mekanik Berbantukan Komputer pada semester pertama seisi 2006/2007. Objektif pembelajaran berpusatkan pelajar ini dilakukan demi membangunkan teknik pengajaran yang efisyen bagi penguasaan ilmu yang maksimum oleh pelajar. Perancangan pembelajaran berteraskan SCL dilakukan sejak pembangunan insfratruktur dan kurikulum lagi. Kaji selidik pelajar bagi membuktikan keberkesanan konsep ini telah dijalankan pada hujung semester. Para pelajar diminta mengulas mengenai keberkesanan pembelajaran secara perkuliahan di dewan kuliah dan pembelajaran bercorakkan amali di makmal. Majoriti pelajar lebih cenderong memilih pembelajaran berkonsepkan amali di makmal yang menerapkan 100% konsep SCL. Manfaat yang besar berjaya disumbangkan kepada pembangunan akademik para pelajar. Walau bagaimanapun, masih terdapat rintangan dan halangan yang perlu diatasi dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan SCL secara menyeluruh. Usaha ini perlu didokong oleh semua pihak bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. |
---|