Konsep Dan Pelaksanaan Soft Skills Di Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM)

Soft Skills merupakan satu keperluan yang sering disenaraikan oleh majikan khususnya dalam bidang perindustrian sebagai syarat utama dalam menilai bakal pekerja sewaktu mengiklankan kekosongan jawatan dan semasa proses temuduga. Malah, penekanan terhadap Soft Skills ini tidak hanya terhenti setakat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Haslinda, Hashim, Muhammad Nubli, Abdul Wahab, Zarina, Mohd Ali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14776/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14776/1/pbmsk-2006-haslinda-Konsep%20dan%20Pelaksanaan%20Soft%20Skills%20di%20KUKTEM.pdf
Description
Summary:Soft Skills merupakan satu keperluan yang sering disenaraikan oleh majikan khususnya dalam bidang perindustrian sebagai syarat utama dalam menilai bakal pekerja sewaktu mengiklankan kekosongan jawatan dan semasa proses temuduga. Malah, penekanan terhadap Soft Skills ini tidak hanya terhenti setakat itu sahaja bahkan terdapat majikan yang menyediakan peruntukan yang besar untuk membiayai program-program pembangunan diri yang berkait dengan Soft Skills. Menyedari hakikat ini, Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Program Soft Skills ke dalam kurikulum pengajian programnya. Meskipun Soft Skills itu sendiri mempunyai pelbagai istilah atau nama dan secara umumnya kelihatan sukar untuk dinilai disebabkan oleh sifatnya yang saling berkaitan dan subjektif, namun KUKTEM sentiasa berusaha memantapkan lagi program ini. Kertas ini bertujuan memperkenalkan konsep dan pelaksanaan Soft Skills di KUKTEM sesuai dengan visi dan misinya untuk menghasilkan graduan kejuruteraan dan teknologi bertaraf dunia dalam bidang teknikal dan berketrampilan cemerlang dalam kemahiran bukan teknikal.