Program Raksi Sebagai Wadah Penerapan Nilai-Nilai Murni Di KUKTEM

Sebagai sebuah universiti baru, pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di KUKTEM telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu program khas bagi menerapkan nilai-nilai murni dan juga menjana bakat kepimpinan di kalangan siswa dan siswi. Pendekatan yang diambil ini adalah selaras dengan saranan keraja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Paridah, Mohd Ali, Haslinda, Hashim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14778/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14778/1/pbmsk-2006-haslinda-program%20raksi%20sebagai%20wadah%20softskill.pdf
Description
Summary:Sebagai sebuah universiti baru, pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di KUKTEM telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu program khas bagi menerapkan nilai-nilai murni dan juga menjana bakat kepimpinan di kalangan siswa dan siswi. Pendekatan yang diambil ini adalah selaras dengan saranan kerajaan untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan turut cemerlang dalam ko-kurikulum dan sahsiah. Sokongan yang cukup padu juga diterima daripada pihak pengurusan tertinggi bagi membolehkan program ini dijalankan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Unit Soft Skill dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan.secara terancang pada setiap hari Selasa malam. Pengisian modul-modul ini dibina sendiri oleh jawatankuasa yang telah dilantik merangkumi para pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, pensyarah-pensyarah mahupun pegawai daripada unit/fakulti yang terdapat di KUKTEM yang berpaksikan kepada nilai-nilai teras universiti dan nilai-nilai murni. Meskipun program RAKSI ini menyerupai program mentor mentee yang sering dijalankan, pendekatan yang diambil agak berbeza dimana penglibatan pelajar senior dan juga kakitangan universiti sebagai pemudahcara kepada pelajar-pelajar baru. Berdasarkan kepada kajian ringkas terhadap 500 orang responden tentang keberkesanan Program RAKSI dalam pembangunan sahsiah pelajar-pelajar di KUKTEM, hasil kajian menunjukkan peratusan yang menggalakkan tentang keyakinan mereka terhadap program ini. Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana RAKSI boleh membantu meningkatkan kemahiran Soft Skills di kalangan pelajar KUKTEM