id ump-16385
recordtype eprints
spelling ump-163852017-04-03T06:48:24Z http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/ Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa Shahidah, Hamzah H Social Sciences (General) HT Communities. Classes. Races Kemerosotan nilai integriti dalam sesebuah negara boleh memberikan implikasi yang negatif kepada sosio ekonomi, budaya dan politik. Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (2006), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Penyelidikan tentang integriti kebanyakannya menjurus kepada ujian psikometrik dan impak sosial namun begitu permasalahan integriti ini masih berlarutan sehingga kini (Mikulay dan Goffin, 1998). Kajian ini menggunakan teknik bio maklumbalas bagi mengukur elemen integriti dalam diri individu. Tujuan kajian ini ialah mengukur sub elemen integriti menggunakan teknik bio maklumbalas manakala objektif khusus kajian ini ialah meneroka profil integriti mahasiswa, membangunkan protokol bio maklumbalas, mengukur profil kadar kebolehubahan jantung (HRV) dan kitaran pernafasan dengan integriti serta menentukan hubungan antara HRV dan kitaran pernafasan dengan elemen integriti. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu, kaedah kuantitatif dan kaedah klinikal. Subjek kajian bagi kaedah kuantitatif meliputi 148 orang responden yang dipilih melalui kaedah rawak sistematik manakala subjek kajian bagi kaedah klinikal meliputi 50 orang responden yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B berdasarkan pencapaian akademik. Para peserta telah diuji menggunakan protokol bio maklumbalas yang dibangunkan dimana terdapat lapan sesi kajian yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan sub elemen integriti mahasiswa iaitu mahasiswa yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang akan mempunyai sifat disiplin dan tanggungjawab yang tinggi dalam diri begitu juga sebaliknya. Dapatan kaedah klinikal pula mendapati responden yang memperoleh skor spektrum kuasa frekuensi rendah (LF) lebih tinggi skor spektrum kuasa frekuensi tinggi (HF) dan skor spektrum kuasa frekuensi sangat rendah (VLF) merupakan individu yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan teknik bio maklumbalas merupakan salah satu kaedah pengukuran integriti yang berkesan dan boleh digunapakai serta boleh menjadi terapi dari aspek penambahbaikan diri sekiranya aktiviti-aktiviti yang meningkatkan nilai disiplin dan tanggungjawab mahasiswa bagi meningkatkan nilai integriti individu. 2016-09 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/1/Penggunaan%20teknik%20bio%20maklumbalas%20bagi%20mengukur%20ciri-ciri%20disiplin%20dan%20tanggungjawab%20dalam%20kalangan%20mahasiswa-Table%20of%20contents-PBMSK-Shahidah%20Hamzah-CD%2010606.pdf application/pdf en http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/2/Penggunaan%20teknik%20bio%20maklumbalas%20bagi%20mengukur%20ciri-ciri%20disiplin%20dan%20tanggungjawab%20dalam%20kalangan%20mahasiswa-Abstract-PBMSK-Shahidah%20Hamzah-CD%2010606.pdf application/pdf en http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/13/Penggunaan%20teknik%20bio%20maklumbalas%20bagi%20mengukur%20ciri-ciri%20disiplin%20dan%20tanggungjawab%20dalam%20kalangan%20mahasiswa-References-PBMSK-Shahidah%20Hamzah-CD%2010606.pdf Shahidah, Hamzah (2016) Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang. http://iportal.ump.edu.my/lib/item?id=chamo:98225&theme=UMP2
repository_type Digital Repository
institution_category Local University
institution Universiti Malaysia Pahang
building UMP Institutional Repository
collection Online Access
language English
English
English
topic H Social Sciences (General)
HT Communities. Classes. Races
spellingShingle H Social Sciences (General)
HT Communities. Classes. Races
Shahidah, Hamzah
Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
description Kemerosotan nilai integriti dalam sesebuah negara boleh memberikan implikasi yang negatif kepada sosio ekonomi, budaya dan politik. Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (2006), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Penyelidikan tentang integriti kebanyakannya menjurus kepada ujian psikometrik dan impak sosial namun begitu permasalahan integriti ini masih berlarutan sehingga kini (Mikulay dan Goffin, 1998). Kajian ini menggunakan teknik bio maklumbalas bagi mengukur elemen integriti dalam diri individu. Tujuan kajian ini ialah mengukur sub elemen integriti menggunakan teknik bio maklumbalas manakala objektif khusus kajian ini ialah meneroka profil integriti mahasiswa, membangunkan protokol bio maklumbalas, mengukur profil kadar kebolehubahan jantung (HRV) dan kitaran pernafasan dengan integriti serta menentukan hubungan antara HRV dan kitaran pernafasan dengan elemen integriti. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu, kaedah kuantitatif dan kaedah klinikal. Subjek kajian bagi kaedah kuantitatif meliputi 148 orang responden yang dipilih melalui kaedah rawak sistematik manakala subjek kajian bagi kaedah klinikal meliputi 50 orang responden yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B berdasarkan pencapaian akademik. Para peserta telah diuji menggunakan protokol bio maklumbalas yang dibangunkan dimana terdapat lapan sesi kajian yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan sub elemen integriti mahasiswa iaitu mahasiswa yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang akan mempunyai sifat disiplin dan tanggungjawab yang tinggi dalam diri begitu juga sebaliknya. Dapatan kaedah klinikal pula mendapati responden yang memperoleh skor spektrum kuasa frekuensi rendah (LF) lebih tinggi skor spektrum kuasa frekuensi tinggi (HF) dan skor spektrum kuasa frekuensi sangat rendah (VLF) merupakan individu yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan teknik bio maklumbalas merupakan salah satu kaedah pengukuran integriti yang berkesan dan boleh digunapakai serta boleh menjadi terapi dari aspek penambahbaikan diri sekiranya aktiviti-aktiviti yang meningkatkan nilai disiplin dan tanggungjawab mahasiswa bagi meningkatkan nilai integriti individu.
format Thesis
author Shahidah, Hamzah
author_facet Shahidah, Hamzah
author_sort Shahidah, Hamzah
title Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
title_short Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
title_full Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
title_fullStr Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
title_full_unstemmed Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
title_sort penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
publishDate 2016
url http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/1/Penggunaan%20teknik%20bio%20maklumbalas%20bagi%20mengukur%20ciri-ciri%20disiplin%20dan%20tanggungjawab%20dalam%20kalangan%20mahasiswa-Table%20of%20contents-PBMSK-Shahidah%20Hamzah-CD%2010606.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/2/Penggunaan%20teknik%20bio%20maklumbalas%20bagi%20mengukur%20ciri-ciri%20disiplin%20dan%20tanggungjawab%20dalam%20kalangan%20mahasiswa-Abstract-PBMSK-Shahidah%20Hamzah-CD%2010606.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16385/13/Penggunaan%20teknik%20bio%20maklumbalas%20bagi%20mengukur%20ciri-ciri%20disiplin%20dan%20tanggungjawab%20dalam%20kalangan%20mahasiswa-References-PBMSK-Shahidah%20Hamzah-CD%2010606.pdf
first_indexed 2023-09-18T22:22:00Z
last_indexed 2023-09-18T22:22:00Z
_version_ 1777415718687473664