Faktor-faktor Keterancaman Budaya Material Masyarakat Orang Asli Che Wong
Makalah ini membincangkan satu aspek khusus dalam masyarakat Che Wong, iaitu budaya material yang dikategorikan sebagai salah satu unsur “local wisdom” (kearifan tempatan). Istilah ini merujuk kepada pengetahuan eksplisit yang telah wujud atau muncul dalam jangka waktu yang panjang dan berevolusi de...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Education and Social Science (JESOC)
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16793/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16793/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/16793/1/Faktor-faktor%20keterancaman%20budaya%20material%20masyarakat%20orang%20asli.pdf |
Summary: | Makalah ini membincangkan satu aspek khusus dalam masyarakat Che Wong, iaitu budaya material yang dikategorikan sebagai salah satu unsur “local wisdom” (kearifan tempatan). Istilah ini merujuk kepada pengetahuan eksplisit yang telah wujud atau muncul dalam jangka waktu yang panjang dan berevolusi dengan masyarakat dan dialami secara bersama. Kearifan tempatan wujud dalam bahasa, kemahiran, produk, sistem dan seni yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dan menjadi tanda pengenal mereka. Bagi masyarakat Orang Asli Che Wong yang tinggal di Kuala Gandah, Temerloh ini, terdapat beberapa kemahiran yang diwarisi daripada generasi terdahulu yang masih diamalkan sehingga kini dan boleh dikategorikan sebagai kearifan tempatan. Walau bagaimanapun, berdasarkan data yang dikutip menggunakan pendekatan kualitatif, terdapat beberapa kemahiran tempatan masyarakat ini sedang mengalami proses pengusangan. Hal ini berlaku kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi komuniti Che Wong ini tidak mengamalkannya. Sekiranya tiada sebarang usaha mendokumentasikannya dan pewarisan, dikhuatiri kearifan tempatan milik masyarakat ini akan pupus buat selama-lamanya. Hal ini merupakan satu petanda kepada kehilangan identiti atau tanda pengenal masyarakat Che Wong ini. |
---|