Amalan Pengurusan Kejat (Lean Management) Melalui Teknologi Maklumat : Pengalaman Aplikasi “Human Resource-Integrated Management System (HR-IMS)” UMP

Tren ke masa depan di dalam pengurusan organisasi salah satunya adalah konsep Lean Organization. Memasuki era pengurusan organisasi moden banyak konsep amalan pengurusan sector industri yang diterapkan dalam sector awam. Antaranya, perbahasan mengenai konsep lean. Konsep dasar lean adalah suatu usah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Haryani, Abdullah, Mohamad Rozi, Hassan, Sabarehan, Ismail
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17704/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17704/1/fim-2013-rozi-amalan%20pengurusan%20kejat.pdf
Description
Summary:Tren ke masa depan di dalam pengurusan organisasi salah satunya adalah konsep Lean Organization. Memasuki era pengurusan organisasi moden banyak konsep amalan pengurusan sector industri yang diterapkan dalam sector awam. Antaranya, perbahasan mengenai konsep lean. Konsep dasar lean adalah suatu usaha berterusan untuk menghilangkan pemborosan dan meningkatkan nilai tambah. Konsep ini berdasarkan pada meminimumkan penggunaan sumber-sumber daya (termasuk waktu) dalam berbagai proses kerja melalui penambahbaikan berterusanan yang berfokus pada identifikasi dan eliminasi aktiviti-aktiviti yang tidak bernilai tambah dalam operasi dan keperluan stakeholder. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT dan amalan pengurusan lean, sektor awam turut melalui perubahan ketara dalam pelaksanaannya di Universiti Malaysia PAHANG (UMP). Aplikasi e-management yang telah dibangunkan sejak tahun 2001, adalah daya usaha UMP bagi memastikan pengurusan sumber manusia dapat disenergikan dengan budaya amalan ICT yang holistic. Pengurusan data dan maklumat sumber manusia secara cekap dan berkesan dengan menerapkan falsafah pengurusan lean merupakan faktor kejayaan utama kepada pengoperasian dan perancangan strategik sumber manusia dalam mencapai misi UMP. Pelaksanaan HR-IMS yang bermula dari pengurusan pengambilan dan kemasukan sehingga persaraan dan penamatan perkhidmatan, pengurusan dokumen sehingga pengurusan arkib serta pengurusan maklumat asas sehingga pengurusan prestasi dan ganjaran menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia UMP disepadukan sepenuhnya. Seiring dengan perubahan globalisasi yang berlaku serta permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan yang lebih berkualiti, HR-IMS sentiasa melakukan tranformasi dan inovasi agar aplikasi ini kekal relevan melalui proses penambahbaikan dan pembaharuan sebanyak 246 modul/submodul.