Saintis Muda Bawa Teknologi Fotovoltaik Ke SEMSAS

KUANTAN, 5 Mei 2015 – Seramai 12 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (kepujian) Teknologi Bahan, Universiti Malaysia Pahang telah menjayakan khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan dengan bertemakan Lighting up the Community. Di antara pengi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saifful Kamaluddin, Muzakir, Paboh, Muhammad Halim, Syed Abd Aziz, Syed Mohd Akmal, Ismail, Mohd Rizal
Format: Video
Language:English
Published: Lensa Siswa, Radio Televisyen Malaysia (RTM 1) 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17748/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17748/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17748/1/Lensa_Siswa_FIST_UMP.mp4
Description
Summary:KUANTAN, 5 Mei 2015 – Seramai 12 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (kepujian) Teknologi Bahan, Universiti Malaysia Pahang telah menjayakan khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan dengan bertemakan Lighting up the Community. Di antara pengisian program adalah pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa suria dan perkongsian ilmu teori dan praktikal teknologi fotovoltaik bersama 78 orang pelajar tingkatan empat. Pengarah program, Dr. Saifful Kamaluddin bin Muzakir berkata, program ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar sekolah menengah di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan menggalakkan penglibatan golongan milenia di dalam usaha mempromosikan teknologi hijau. Pengetua SEMSAS, Puan Hajah Safiah binti Awang berkata, pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa suria ini mampu membantu meningkatkan tahap keselamatan kawasan sekolah terutamanya di kawasan padang mini yang sering digunakan oleh Orkestra Jasa Winds melakukan latihan pada waktu malam. Program yang dianjurkan oleh Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST) dengan kerjasama Kelab GoGoGreen Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan ini turut dipantau oleh pensyarah-pensyarah, serta dibantu oleh staf-staf teknikal.