Warisan Tembikar Tradisional Melayu Di Pahang
Kajian ini meneliti tentang sejarah dan perkembangan kegiatan pembuatan tembikar tradisional Tembeling yang dijalankan di Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf di daerah Jerantut, Pahang. Kegiatan ini bermula di Kampung Pasir Durian sejak sekian lama manakala perusahaan di Temin Kraf pula merupaka...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Kelantan
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/18952/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/18952/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/18952/1/IJCFH-Vol-5-Issue-No-1-pp-124-143.pdf |
Summary: | Kajian ini meneliti tentang sejarah dan perkembangan kegiatan pembuatan tembikar tradisional Tembeling
yang dijalankan di Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf di daerah Jerantut, Pahang. Kegiatan ini bermula di Kampung Pasir Durian sejak sekian lama manakala perusahaan di Temin Kraf pula merupakan satu kesinambungan terhadap kegiatan ini. Kajian terdahulu terhadap tembikar tradisional di Malaysia mendapati kegiatan ini disaingi dengan kewujudan perubahan cara pembuatan menggunakan teknik dan peralatan moden yang menyebabkan aktiviti pembuatan secara tradisional menggunakan tangan mulai terhakis. Pada masa yang sama jumlah pengiat semakin berkurangan dan tidak banyak kajian
ilmiah yang menyentuh perkembangan kegiatan ini. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kualitatif
yang merakamkan secara deskriptif kegiatan tembikar tradisional Tembeling di negeri Pahang. Seramai
3 orang penggiat tembikar dari Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf telah dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Bagi mencapai objektif kajian, pengutipan data telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Analisis data telah telah dibuat secara deskriptif dan interpretasi (Ragans, 2000). Dapatan kajian menunjukkan kegiatan penghasilan tembikar tradisional
Tembeling di Kampung Pasir Durian semakin terancam kerana kebanyakan penggiat sudah tidak aktif atas faktor usia serta ketiadaan generasi pelapis yang berminat. Walau bagaimanapun, terdapat usaha daripada Temin Kraf yang meneruskan penghasilan dengan menggunakan teknologi moden. |
---|