Penyerapan kosa kata Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Jepun: aplikasi artikulasi Bahasa Jepun

Makalah ini akan membincangkan impak penyerapan Bahasa Melayu ke dalam bahasa Jepun. Hal ini demikian berlaku kerana faktor globalisasi dan penghijrahan manusia ke seluruh pelusuk dunia. Selain itu, penyerapan ini juga berlaku kerana kata yang diserap tersebut (nama-nama makanan) tidak terdapat dala...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syahrina, Ahmad, Jamal Rizal, Razali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19210/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19210/1/Abstract_ICH2016-submitted.pdf
Description
Summary:Makalah ini akan membincangkan impak penyerapan Bahasa Melayu ke dalam bahasa Jepun. Hal ini demikian berlaku kerana faktor globalisasi dan penghijrahan manusia ke seluruh pelusuk dunia. Selain itu, penyerapan ini juga berlaku kerana kata yang diserap tersebut (nama-nama makanan) tidak terdapat dalam budaya masyarakat Jepun. Dalam kajian ini, data berkaitan diperolehi daripada laman-laman sesawang, buku-buku, soal selidik dan wawancara dengan penutur asli bahasa Jepun. Daripada analisis yang diakukan, didapati perkataan-perkataan daripada Bahasa Melayu ini diadaptasi sepenuhnya ke dalam bahasa Jepun tetapi mengunakan artikulasi bahasa Jepun. Proses ini menyebabkan kata pinjaman tersebut mengalami proses fonologi yang tertentu seperti perubahan sebutan, pengguguran dan penambahan bunyi serta perubahan bentuk. Hal ini sangat berkaitan dengan faktor pengaruh bahasa ibunda iaitu bahasa Jepun yang mempunyai pola sebutan tertentu yang berbeza dengan bahasa Melayu. Fenomena ini sangat menarik kerana memperlihatkan proses silang budaya yang berlaku secara tidak langsung memberikan impak tertentu kepada manusia dan bahasa.