Histeria: Kesannya Terhadap Psikologi dan Fizikal Guru

Kejadian histeria merupakan suatu fenomena yang bersifat sarwajagat. Di Malaysia, ia sering berlaku dan lebih kerap ditemui dalam kalangan remaja di sekolah. Selain daripada pelajar, para guru juga turut menerima kesan dan akibat daripada kejadian tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Aisyah, Romli, Mahyuddin, Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20138/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20138/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20138/1/Histeria-%20Kesannya%20Terhadap%20Psikologi%20dan%20Fizikal%20Guru.pdf
Description
Summary:Kejadian histeria merupakan suatu fenomena yang bersifat sarwajagat. Di Malaysia, ia sering berlaku dan lebih kerap ditemui dalam kalangan remaja di sekolah. Selain daripada pelajar, para guru juga turut menerima kesan dan akibat daripada kejadian tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana kesan kejadian tersebut terhadap psikologi dan fizikal guru. Kajian dirangka menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan kaedah tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai alat kajian. Melalui kajian rintis, nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.872. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang guru yang terlibat dalam kejadian histeria di enam buah sekolah sekitar daerah Kuantan. Keputusan kajian menunjukkan kesan terhadap psikologi guru lebih tinggi berbanding kesan terhadap fizikal. Guru mengalami gangguan emosi seperti takut, gelisah, bimbang, panik dan hilang fokus.