Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal bagi Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu Kerangka Konseptual

Penilaian kurikulum memerlukan model, panduan dan prosedur yang berkesan untuk dijadikan garis panduan dalam penilaian dan penambahbaikan sesuatu program pendidikan. Analisis penyelidik terhadap model-model penilaian kurkulum sedia ada didapati wujud kelemahan khususnya dari segi kejelasan kedudukan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rohana, Hamzah, Zulfadly, Othman, Hasnah, Hussiin, Zuraina, Ali, Nur Qistina, Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20165/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20165/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20165/1/Pembangunan%20Model%20Penilaian%20Kurikulum%20Berteraskan%20Nilai%20Universal%20bagi%20Program%20Pendidikan%20Berasaskan%20Teknologi%20%26%20Kejuruteraan-%20Satu%20Kerangka%20Konseptual.pdf
Description
Summary:Penilaian kurikulum memerlukan model, panduan dan prosedur yang berkesan untuk dijadikan garis panduan dalam penilaian dan penambahbaikan sesuatu program pendidikan. Analisis penyelidik terhadap model-model penilaian kurkulum sedia ada didapati wujud kelemahan khususnya dari segi kejelasan kedudukan nilai ketuhanan dalam model yang dibentuk sebagai panduan kepada proses penilaian kurikulum secara keseluruhan. Justeru keadaan ini memberi inspirasi kepada penyelidik untuk membangunkan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal (MPKNU) bagi pendidikan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan diperingkat pengajian tinggi. Oleh kerana Model Konteks, Input, Proses & Produk (KIPP) seringkali digunakan dalam bidang pendidikan tersebut, maka penyelidik memilih KIPP sebagai salah satu model rujukan. Manakala keunikan Model Kecemerlangan Prestasi Menyeluruh Berteraskan Nilai- KPKBN yang meletakkan penerapan nilainilai etika menjadi satu rujukan yang sangat komprehsif bagi membentuk kerangka penilaian kurikulum yang holistik. Manakala, asas penyatuan proses integrasi kedua-dual model ini dibina diatas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meletakkan elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai matlamat utuh di dalam proses pendidikan negara.