Transformasi teknik belajar Bahasa Arab dengan mengaplikasi teknologi kebudayaan tradisi arab menerusi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab [Poster]

Bahasa Arab merupakan bahasa global dan juga antara bahasa tertua yang digunakan sebagai bahasa bagi urusan rasmi, keagamaan, pendidikan dan bahasa pertuturan seharian. Dianggarkan lebih dari 422 juta orang penutur bahasa Arab di seluruh dunia. Pada masa kini, penggunaan dan pembelajaran bahasa Arab...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rosli Bin Zakaria, Rosjuliana Hidayu Binti Rosli
Format: Image
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21305/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21305/1/poster%20inovasi%20ipg%20LATEST%20%281%29.pdf
Description
Summary:Bahasa Arab merupakan bahasa global dan juga antara bahasa tertua yang digunakan sebagai bahasa bagi urusan rasmi, keagamaan, pendidikan dan bahasa pertuturan seharian. Dianggarkan lebih dari 422 juta orang penutur bahasa Arab di seluruh dunia. Pada masa kini, penggunaan dan pembelajaran bahasa Arab semakin berkembang luas di seluruh dunia. Untuk mahir berbahasa arab seseorang individu itu perlu memahami bahasa ini. Pengajaran bahasa arab kepada bukan penutur asal memerlukan teknik yang tertentu. Di Universiti Malaysia Pahang, penguasaan bahasa arab menjadi salah satu masalah utama bagi pelajar kejuruteraan khususnya yang mengambil kursus bahasa arab sebagai pilihan.Kursus Bahasa arab di Universiti Malaysia Pahang di bahagikan kepada dua tahap iaitu tahap permulaan yang disebut sebagai “Arabic For Beginners” dan juga tahap kedua yang disebut “Arabic For Intermediate”. Ramai di kalangan mereka mempunyai masalah dalam mengingati kosa kata arab danjuga mereka sukar untuk memahami perkataan arab yang diajar ketika sesi pembelajaran. Sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada masalah tersebut, kaedah pembelajaran dan pengajaran interaktif melalui teknik transformasi membudayakan tradisi arab menerusi video yang dipamerkan di tapak web “EL RESALA” bersama Mualimah Rosejuliana dibangunkan ketika sesi pembelajaran.Kajian tertumpu kepada kebolehan pelajar mengingati setiap kosa kata arab yang diajar, dari segi hafalan perkataan dan ayat.Teknik ini bukan sahaja membantu pelajar mengingati perkataan bahasa arab yang dipelajari malah dapat menimbulkan keseronokan mempelajari bahasa “ardul anbiya’” ini.