Pembangunan Kecerdasan Spiritual Pelajar Berasaskan Model Tazkiyah Al-Nafs Al-Ghazali Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Kajian ini mengkaji tentang pembangunan kecerdasan spiritual berasaskan model tazkiyah al-nafs al-Ghazali dalam pelaksanaan program kecerdasan spiritual-kemahiran insaniah di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk amalan kecerdasan spiritual yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Suhardi, Mat Jusoh, Rashidi, Abbas, Wan Suraya, Wan Nik, Nurul Ain, Saleh
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2018
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23945/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23945/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23945/1/Pembangunan%20Kecerdasan%20Spiritual%20Pelajar%20Berasaskan%20Model.pdf
Description
Summary:Kajian ini mengkaji tentang pembangunan kecerdasan spiritual berasaskan model tazkiyah al-nafs al-Ghazali dalam pelaksanaan program kecerdasan spiritual-kemahiran insaniah di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk amalan kecerdasan spiritual yang dilaksanakan berasaskan konsep riyādu al-nafs. Seterusnya, menilai tahap kefahaman elemen tazkiyah al-nafs dan akhirnya, melihat kesan kefahaman elemen tazkiyah al-nafs dalam aspek pembentukan moral dan etika peserta melalui program kecerdasan spiritual-kemahiran insaniah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif iaitu data-data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik semasa program dilaksanakan. Dapatan kajian keseluruhannya menunjukkan amalan qiam al-layl dan puasa sunat sukar untuk dilaksanakan sebagai amalan kecerdasan spiritual peserta dan nilai min bagi aspek kefahaman ibadat dan tazkiyah al-nafs berada di tahap sederhana tinggi. Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang lemah (r = 0.24) dan signifikan (sig.= 0.01) antara kefahaman ibadat dan tazkiyah al-nafs. Justeru, kajian ini merumuskan bahawa aspek kefahaman dan amalan mujāhadah al-nafs sebagai elemen tazkiyah al-nafs perlu dimantapkan bagi memenuhi objektif pelaksanaan program kecerdasan spiritual-kemahiran insaniah di Universiti Malaysia Pahang (UMP).